Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Datuk Seri Cabut Lari



Kuala Lumpur : Seorang individu bergelar Datuk Seri yang memandu kereta mewah Ferrari berharga lebih RM1 juta bertindak 'cabut lari' sejurus melanggar sebuah kereta lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, semalam lelaki itu dipercayai hilang kawalan akibat memandu dalam keadaan mabuk berhampiran jejambat Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Ampang, di sini. 

Kenderaan mewah berkenaan dikatakan melanggar bahagian belakang sebuah kereta Proton Preve sebelum pemandunya melarikan diri selepas kemalangan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 52 tahun yang memandu Proton Preve berkenaan.

Susulan itu kedua-dua kenderaan ditunda ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. 

“Kemalangan itu mengakibatkan kereta Proton Preve mengalami kerosakan di bahagian belakang manakala kereta Ferrari itu remuk di bahagian hadapan. Kedua-dua pemandu berkenaan tidak cedera.  
“Pemandu kereta mewah itu bagaimanapun tampil di balai polis sebelum diarah menjalani ujian alkohol petang semalam,” katanya.  

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.  

Sumber : Harian Metro (20 Jun 2016)  
Tulisan : Norizuan Shamsuddin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Habuan Kebas RM5.4 Juta



"Perunding kewangan dipenjara 20 tahun dan 24 sebatan"

"Kamu sepatutnyanya menangis sebelum melakukan perbuatan itu dan tidak menjadikan anak-anak sebagai alasan untuk rayuan selain memikirkan halal atau haram.

“Saya berharap kamu berubah dan kembali kepada masyarakat. Jika percaya kepada hari akhirat dan mengikut Islam, kamu seharusnya membayar semula wang itu.

Itu kata Hakim Zamri Bakar di Mahkamah Sesyen, semalam sebelum menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan terhadap seorang bekas perunding kewangan peribadi institusi perbankan atas 60 kesalahan pecah amanah membabitkan wang tunai RM5.45 juta.

Beliau memutuskan demikian selepas tertuduh, Jamaluddin Mohd Jamil,35, mengaku bersalah atas semua pertuduhan dan turut memperakui fakta kes dikemukakan pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah pelbagai skim pelaburan bank membabitkan seramai 33 mangsa dengan nilai serendah RM2,000 hingga RM700,000.

Perbuatan itu dilakukan di Maybank cawangan Bandar Baru Selayang sejak tiga tahun lalu bermula awal Januari 2013 hingga Jun 2015.

Justeru, bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun selain sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Jamaluddin memohon hukuman diringankan dengan alasan mempunyai dua anak dan ibu berusia 66 tahun yang hanya menjual nasi lemak.

“Saya menyedari kesilapan diri dan insaf selain tidak mahu mengulangi perbuatan jenayah lagi. Saya tidak melantik peguam kerana tidak mahu merumitkan lagi keadaan.

“Akibat perbuatan itu, saya turut mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak kerana tidak memberi wang kepada ibu sejak tiga tahun lalu," katanya dalam keadaan menangis.

Mohd Raimi bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan kerana kesalahan tertuduh bukan saja membabitkan nilai kerugian yang tinggi malah menjejaskan kepercayaan orang awam dan nama baik institusi kewangan itu.

Sumber : Harian Metro (01 Jun 2016)
Tulisan : Iskandar Shah Mohamed


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS