Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bagaimana caranya untuk CEPAT KAYA?

Tanya IK seterusnya menjawab soalan cepu emas yang RAMAI SANGAT orang nak tahu... Bagaimana caranya untuk CEPAT KAYA?!



Ada tak caranya? MEMANG ADA... ikuti jawapan Irfan Khairi...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Pura-pura Kejar Perompak



"Helah penyamun melarikan diri selepas kebas tiga dulang barang kemas"

Putrajaya : Seorang perompak sempat berpura-pura kononnya sedang mengejar suspek yang merompak sebuah kedai emas di Presint Diplomatik, di sini, sebelum melarikan diri dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki dua lagi rakannya, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.05 petang itu, seorang pemilik kedai emas kerugian RM30,000 selepas disamun tiga lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan tukul besi serta penyembur lada.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, ketika kejadian tiada pelanggan dalam premis kecuali seorang lelaki yang juga pemilik kedai emas berkenaan dan dua pekerja wanita.

“Tiba-tiba muncul tiga lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh meluru masuk lalu memecahkan cermin pameran manakala seorang daripadanya menyemburkan penyembur lada sementara seorang lagi mengutip tiga dulang berisi barang kemas.

“Mereka melarikan diri melalui pintu belakang restoran selang sebuah kedai dari premis berkenaan," katanya, semalam.

Rosly berkata, seorang daripada suspek dikejar pekerja restoran dan tiga lagi orang awam sebelum cuba melarikan diri dengan motosikal Yamaha 125Z yang diletakkan di belakang restoran itu. 

Namun, katanya, suspek berpura-pura sebagai orang awam yang turut mengejar perompak berkenaan menyebabkan pekerja restoran terbabit tidak menangkap lelaki terbabit.

“Bagaimanapun, suspek berlari ke arah kereta Toyota Alphard putih yang dinaik rakannya sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

"Seorang daripadanya dipercayai cedera berikutan kesan darah di sekitar premis. Kami meminta klinik atau hospital yang didatangi lelaki cedera akibat terkena kaca memaklumkan kepada polis," katanya.

Menurutnya, beliau dimaklumkan beberapa individu melihat kereta itu diparkir di hadapan premis berkenaan kelmarin.

Sumber : Harian Metro (15 Ogos 2016)
Tulisan : Hayati Ibrahim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Dongeng Jutawan Tokek



"Penternak cicak Genko kecewa dikelentong lima tahun"

Pengkalan Hulu : Lima tahun kami menunggu saat bergelar jutawan tokek (Cicak Genko). Malangnya semua itu temberang. Kami dikelentong hidup-hidup.” kata seorang penternak Cicak Genko yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 58.

Menurutnya, cicak tokek yang didakwa berharga mencecah RM75 juta seekor bagi tokek seberat 900gram itu sebaliknya kini hanya mampu dijual kepada pengusaha kedai haiwan peliharaan pada harga RM15 seekor.

Dia antara puluhan individu yang membela cicak berkenaan selepas tertarik dengan tawaran kononnya cicak itu boleh dijual mencecah harga puluhan juta ringgit seekor.

Tarikan luar biasa berkaitan cicak tokek bermula apabila ada pihak mendakwa reptilia itu mujarab untuk merawat penyakit maut HIV / Aids dan kanser sekitar tahun 2010.

Ramai individu terutama penduduk kampung teruja dengn tawaran berkenaan berusaha menangkap dan mendapatkan cicak tokek untuk dibela di dalam sangkar khas di belakang kediamannya.

Hamid berkata, ketika itu ramai orang luar yang muncul di kampung ini dan berpura-pura menjadi pemborong cicak tokek yang kononnya mahu dieksport ke Singapura dan Eropah.

“Ada antara lelaki asing muncul menaiki kereta BMW itu memberitahu hanya tokek yang mencapai berat 330 gram dan ke atas mempunyai harga untuk dipasarkan.

“Dia mendakwa cicak tokek pada saiz itu akan mengeluarkan enzim khas yang mujarab untuk menyembuhkan penyakit maut itu,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu sempat memberi ceramah kononnya cicak tokek dewasa akan mengeluarkan zat aktif bersifat terapeutik bagi menyembuhkan penyakit kanser dan HIV/Aids.

Hamid memberitahu pemborong terbabit mengarahkan mereka membela cicak tokek berkenaan sehingga mencapai berat diingini.

"Kami dimaklumkan kononnya harga seekor cicak tokek dewasa boleh mencecah RM450,000 seekor jika berat reptilia itu mencapai berat antara 380 gram hingga 390 gram.

"Malah, jika haiwan itu mempunyai berat 400 gram, ia boleh dijual pada harga RM5.5 juta.

Lelaki itu turut mendakwa cicak tokek yang mencapai berat 900 gram ke atas boleh dijual sehingga RM75 juta seekor," katanya.

Seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Wan, 54, berkata, tawaran itu menyebabkan dia dan rakan teruja sebelum berusaha mendapatkan cicak tokek dengan menangkapnya di dalam hutan hingga ke Hulu Terengganu.

“Saya bermula dengan memelihara dua cicak tokek seberat 80 gram dan 90 gram. Saya berusaha memberi pelbagai makanan dan serangga supaya cicak itu cepat membesar.

“Pelbagai janji bulan dan bintang ditabur menyebabkan ada penduduk kampung sanggup keluar masuk hutan untuk menangkap cicak ini. Malah, ada yang meninggalkan hobi membela burung murai atau merbuk," katanya.

Namun, dia menyedari ditipu apabila individu yang mendakwa mahu membeli cicak itu tidak muncul-muncul selepas empat tahun dia membela 20 cicak itu.

“Saya rasa tertipu dan hasrat menjadi orang kaya itu hanya dongeng. Kami bukan menjadi jutawan tokek sebaliknya menjadi orang sengkek," katanya ketawa.

Sumber : Harian Metro Edisi Ahad (14 Ogos 2016)
Tulisan : Mohd Jamilul Anbia Md Denin & Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wang Tandatangan Gabenor Baharu Tiga Bulan Lagi



Wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim dijangka diedarkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Muhamad berkata, pengedaran wang baharu itu dilaksanakan selepas not sedia ada perlu diganti. 

“Wang baharu (dengan tandatangan Gabenor) akan diedarkan tidak lama lagi," katanya kepada media selepas merasmikan pameran 'Karya Kertas : Seni Matawang' di Kuala Lumpur, semalam.

Pameran yang berlangsung sehingga 30 November ini, mempamerkan sebanyak 30 wang kertas berasal daripada lebih 10 negara yang wujud sejak abad ke-14 hingga abad ke-21.

Pameran itu menunjukkan nilai dan identiti kebangsaan sesebuah negara menerusi reka bentuk dan ciri keselamatan wang kertas pada masa itu selain cara penyampaian mesej tertentu melalui seni. 

Anatomi, proses pengeluaran 
Selain itu, pameran berkenaan menampilkan sudut pembelajaran yang menerangkan anatomi dan proses pengeluaran wang kertas bermula dari mereka bentuk, fungsi pusat wang tunai berautomasi serta penggunaan bilik gelap untuk memeriksa ciri keselamatan wang kertas.

Pameran itu dibuka mulai 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 03 Ogos 2016



Emas tidak banyak berubah pada Rabu, selepas hampir tiga minggu ditutup tinggi pada sesi sebelumnya ekoran kesan pasaran saham Eropah yang rendah diimbangi oleh dolar yang lebih kukuh.
Spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,364.00 satu aun pada 1012 GMT.

Saham Eropah susut diikuti kerugian di pasaran Asia, manakala dolar pulih daripada susut selama enam minggu, menokok 0.2 peratus berbanding kumpulan mata wang utama.

Pengukuhan dolar menyebabkan emas menjadi lebih mahal kepada pemegang mata wang asing, manakala peningkatan minat terhadap logam berisiko dilihat sebagai pertaruhan lebih selamat.

Dolar jatuh selepas laporan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan jangkaan kenaikan kadar faedah jangka pendek.

Kenaikan kadar faedah AS akan memberi kesan kepada kos memiliki emas, di mana naik kira-kira 28 peratus tahun ini.

Perhatian pelabur kini beralih ke arah laporan bulanan gaji bukan perladangan AS pada Jumaat. 

“Walau apa pun laporan GDP, terdapat kebarangkalian bahawa gaji bukan perladangan akan lebih baik dan mengembalikan semula kadar kenaikan ke dalam agenda dan seterusnya dolar akan mengukuh,” kata Pengarah Komoditi Ekonomi Oxford, Daniel Smith.

Sementara itu, logam berharga lain, platinum jatuh 0.5 peratus kepada AS$1,159 satu aun manakala perak kekal tidak berubah pada AS$20.58 satu aun, sehari selepas melepasi paras tinggi empat minggu pada AS$20.78.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Keuntungan Selaju Lebuh Raya



"Penduduk Kelantan kerugian RM240 juta termakan pujukan tiga pelaburan songsang"

Kota Bharu : Sekurang-kurangnya lebih RM240 juta kerugian ditanggung penduduk Kelantan selepas tertipu dengan tiga pelaburan songsang yang didakwa mampu memberi keuntugan berlipat kali ganda dalam masa singkat.

Sejak lapan tahun lalu, lebih 1,000 penduduk terpengaruh dengan pelaburan skim cepat kaya itu yang berselindung di sebalik perniagaan ikan keli, koperasi dan perniagaan ala pemasaran pelbagai peringkat (MLM).

Antara popular sejak 2009 ialah Highway Global Resources yang menjadi buruan polis, baru-baru ini susulan tangkapan ke atas pengasasnya, bulan lalu.

Syarikat lain yang dikenal pasti ialah Azz Marketing yang menjalankan bisnes ikan keli, skim Ustaz Harun Mat Saat (koperasi).

Pelabur terpengaruh disogok keuntungan berganda sehingga 300 peratus dalam tempoh singkat, malah modal permulaan juga ditawar pada nilai mampu beri.

Sebagai contoh Azz Marketing yang aktif pada 2009 menawarkan pakej Skim Raja Keli serendah RM1,350 dengan keuntungan RM500 dalam masa empat bulan.

Bagaimanapun, pengasasnya, lelaki berusia 30 tahun dikesan menipu dan didakwa di mahkamah pada 0ktober 2013 yang menyebabkan dia didenda sebanyak RM17,000.

Dia didakwa atas pertuduhan menyalahguna dana pemegang amanah berjumlah RM450,000.

Harun Mat Saat pula dikenali masyarakat tempatan sebagai 'lebai' yang juga peniaga dan bekas nelayan menganjurkan pelaburan menerusi syarikat Dina Group Sdn Bhd yang dikaitkan dengan skim cepat kaya.

Sejak 2008, dia didakwa terbabit dalam penyelewengan wang mencecah berjuta-juta ringgit dan menjadi buruan Bank Negara Malaysia.

Mengulas keghairahan penduduk negeri ini terbabit skim cepat kaya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud tidak menafikan kebijaksanaan ejen syarikat itu menggunakan ayat memujuk berjaya melembutkan hati pelabur.

Beliau berkata, skim terbaru yang popular sejak awal tahun ini adalah Highway Global Resources yang didakwa memberi keuntungan selaju lebuh raya.

Malangnya, ia juga seperti skim lain yang hanya bersifat sementara, sebelum dananya disalah guna pengasas untuk kepentingan diri sendiri.

"Kalau kaji modus operandi tiga pelaburan ini, mereka semua memberitahu pelabur mahu menubuhkan koperasi dan memerlukan modal RM1 juta untuk tujuan itu.

“Maka, modal awal dikutip daripada pelabur dan menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat terutama jika jumlah pelabur bertambah dan 'bisnes' berkembang.

“Memasuki beberapa bulan kemudian, penganjur sulit untuk menyerahkan dividen dan memberi alasan syarikat mereka sedang dinaik taraf, tetapi wang pelabur sebenarnya sudah dileburkan untuk kegunaan mereka sendiri.

“Seperti Azz Marketing, mereka ada perjanjian antara pelabur dengan pemilik syarikat dan mereka menukar perjanjian dari semasa ke semasa.

“Sebaliknya bagi dua pelaburan lain, ia diserahkan hanya atas kepercayaan sendiri tanpa surat hitam putih, " katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Beliau berkata, atas faktor itu juga pelabur hanya menyedari ditipu apabila memasuki bulan ketiga dan ke atas, namun semuanya sudah terlambat memandangkan wang dilabur sudah mencecah belasan ribu ringgit.

Mengulas pelaburan Highway Global Resources diasaskan bekas guru dikenali Cikgu Awi dari Tanah Merah yang mampu memberi keuntungan sehingga 300 peratus, beliau berkata, keuntungan begitu yang mendorong orang untuk melabur.

“Dia (Cikgu Awi) juga menggunakan gelaran Datuk Seri palsu yang didakwa diperoleh dari Perak untuk menguatkan lagi kedudukan supaya pelabur lebih menghormati dirinya.

“Apabila semakin ramai pelabur terdesak menuntut mereka, lelaki itu sekeluarga melarikan diri dan bersembunyi bagi mengelak dicekup," katanya.

Namun,sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga dan lelaki itu akhirnya ditahan polis bulan lalu hasil siasatan serta risikan Jabatan Siasatan Ienayah Komersial Bukit Aman.

Dia dan konco-konconya disiasat untuk lebih 41 laporan polis yang dibuat termasuk daripada 18 Pengurus Kumpulan.

Sumber : Harian Metro (4 Ogos 2016)
Tulisan : Siti Hidayatul Razali Dan Rosliza Mohamed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 'Balaci" Cikgu Awi



Kota Bharu : "Saya mula terjebak dengan skim pelaburan cepat kaya apabila melihat blog skim itu sejak Julai tahun lalu.

“Sejak itu saya sukar meahan diri dan terus terpengaruh dengannya," kata mangsa skim cepat kaya dikenali Jack, 24.

Dia yang juga seorang kontraktor tinggal di Kampung Chawas, Tanah Merah mendakwa sudah kerugian kira-kira RM70,000 apabila aktif melabur dengan Highway Group Resources.

Katanya, selepas membaca maklumat menarik mengenai skim itu, dia mengadakan penemuan dengan pengasas syarikat iaitu Cikgu Awi di sebuah restoran di Tanah Merah.

“Ketika berjumpa, dia (Cikgu Awi) memberi penerangan sehingga saya memahami segala butiran serta turut menunjukkan bukti keuntungan yang diperoleh oleh pelabur lain.

“Dia memang pandai menerangkan dan memujuk saya. Saya tertarik untuk menyertai pelaburan itu pada hari pertama berjumpa dengannya dan menyerahkan modal permulaan sebanyak RM350.

“Saya juga mula mencari ahli yang lebih ramai untuk turut melabur dan dengan keahlian itu yang melebihi sasaran, Cikgu Awi turut menawarkan saya sebagai pengurus kumpulan," katanya.

Jack tidak menafikan keuntungan diperoleh pada awal pelaburan adalah mengikut jadual yang ditetapkan namun mula berubah apabila semakin dikenali.

Melihat pelaburan itu yang positif dan memberi pulangan lumayan, dia bersama rakan membuat promosi di laman sosial untuk menarik ramai ahli dalam skim pelaburan.

“Ramai yang mula menarik minat dan masuk di bawah saya hingga ahli mencecah 5,000 pelabur. Namun, ia tidak berpanjangan apabila sejak awal tahun pelaburan ini gagal berfungsi dan tidak lagi beri keuntungan.

“Mungkin juga kerana terlalu popular dengan cepat dan pengasas sudah memperoleh apa dimahukan. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan meletak jawatan pada 29 Januari lalu dan tidak lagi terjebak dengan skim berkenaan," katanya.

Menurutnya, kegagalan memberi keuntungan kepada pelabur membuatkan dirinya diburu oleh ahli yang datang menuntut wang mereka dikembalikan.

Jack juga diugut malah dipukul pelabur yang berang kerana merasa dianiaya.

“Ia sangat memeningkan kerana saya juga rugi dengan membuat pelaburan ini. Saya kemudian membuat laporan polis pada 23 Februari lalu," katanya yang acap kali ke rumah Cikgu Awi untuk menuntut wang, namun gagal menemuinya hingga hari ini.

Sumber : Harian Metro (4 Ogos 2016)
Tulisan : Siti Hidayatul Razali Dan Rosliza Mohamed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 02 Ogos 2016



Harga emas jatuh semalam disebabkan pengukuhan dolar AS, sungguhpun jangkaan kenaikan kadar faedah di AS dalam tempoh terdekat belum cukup memberikan sokongan susulan angka pertumbuhan ekonomi mengecewakan di AS.

Indeks dolar, yang mengukur dolar berbanding beberapa mata wang utama, menokok 0.1 peratus kepada 95.824, selepas jatuh serendah 95.384 minggu lalu apabila ia mencatat kejatuhan terbesar dalam tiga bulan.

Harga emas semerta susut 0.3 peratus kepada AS$1,348.46 satu auns pada 0328 GMI, selepas ditutup 0.2 peratus lebih tinggi pada AS$1,352.85 pada Isnin. Emas mencecah paras tinggi AS$1,355.10, paras tertingginya sejak 12 Julai pada Jumaat.

Emas AS susut 0.3 peratus pada AS$1,355.20 satu auns.

"Dolar yang kukuh merendahkan harga emas sedikit demi sedikit," kata pedagang Jepun.

Emas semerta cenderung untuk melepasi sokongan pada AS$1,346 satu auns dan jatuh ke arah sokongan berikutnya pada AS$1,328, sebagaimana ditunjukkan corak graf dan analisis penjejakan Fibonacci, kata penganalisis teknikal REUTERS, Wang Tao.

“Kami melihat AS$1,345 hingga AS$1,350 sebagai sokongan meluas jangka pendek berikutan logam itu kelihatan akan melepasi lebih tinggi ke arah AS$1,375," kata pedagang di MKS PAMP Group, Sam Laughlin.

Harga minyak menokok pada awal dagangan semalam selepas harga minyak mentah AS jatuh di bawah AS$40 satu tong sesi sebelumnya, tetapi pedagang berkata pasaran bahanapi terus dipengaruhi lebihan pengeluaran.

"Setakat ini, kelemahan minyak tidak memberikan banyak impak ke atas emas, yang mana ia memberi tahu kita bahawa pelabur terdorong oleh kenaikan kadar faedah yang tidak boleh dielakkan di AS,” kata penganalisis di INTL. PCStone, Edward Meir, dalam satu nota.

Rizab Persekutuan harus berhati-hati berhubung kenaikan kadar faedah disebabkan risiko kepada ekonominya, kata Presiden Rizab Persekutuan New York, William Dudley.

Bank of England kelihatannya bersedia mengurangkan kadar faedah buat pertama kali sejak 2009 pada Khamis.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, menokok 0.62 peratus kepada 964.03 tan pada Isnin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN BERITA HARIAN : Sindiket Didalangi 'Datuk Paduka' Tumpas


"Kegiatan tawar projek tak wujud menerusi WhatsApp"

Kuala Terengganu : Hanya bermodalkan kad pengesahan Istana Terengganu dengan membawa gelaran 'Datuk Paduka', sekumpulan sindiket hampir sahaja mengaut keuntungan jutaan ringgit terhadap projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud.

Bagaimanapun, kegiatan didalangi seorang lelaki berusia 40 tahun yang menyamar Datuk Paduka itu terbongkar apabila polis mengesan penyebaran tawaran projek terbabit melalui aplikasi WhatsApp.

Sindiket juga dikatakan hampir mengaut keuntungan bernilai jutaan ringgit melalui pembayaran komitmen apabila empat syarikat kontraktor berpangkalan di Kuala Lumpur dan bandar ini berminat terhadap projek berkenaan.

Modus operandi kumpulan itu dipercayai mengaut keuntungan mudah hanya dengan meminta pembayaran wang komitmen berkenaan sebanyak RM600,000 hingga RM1 juta daripada syarikat kontraktor yang berminat.

Lima suspek ditahan  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan Koh Ah Tiam, berkata siasatan awal terhadap maklumat WhatsApp berkenaan mendapati projek bernilai RM442 juta itu masih di peringkat cadangan oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, lima suspek berusia 30-an hingga 60 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan di kediaman masing-masing di bandar ini sejak 23 hingga 28 Julai lalu.

“Sindiket ini juga dilumpuhkan sepenuhnya apabila polis turut menahan dalang utama dengan merampas pelbagai dokumen palsu, komputer, telefon bimbit dan kad kononnya diperoleh daripada lstana Terengganu yang membawa gelaran Datuk Paduka.

“Hasil tangkapan itu, polis juga berjaya menyelamatkan empat syarikat yang hampir membuat pembayaran melalui bank draf yang diminta suspek,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. 

Sumber : Berita Harian (2 Ogos 2016)
Tulisan : Fitri Nizam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 'Datuk Paduka' Penipu Besar


"Lima suspek tawar projek naik taraf jalan raya RM442 juta kait istana Terengganu melalui WhatsApp dicekup"

Kuala Terengganu : Seorang lelaki yang menggunakan gelaran 'Paduka Datuk' bagi menipu kontraktor dengan menawarkan projek naik taraf jalan raya di Kuala Terengganu bernilai RM442 juta dengan mengaitkan Istana Negeri Terengganu dicekup pihak berkuasa.

Sindiket penipuan didalangi suspek yang kononnya bergelar Datuk Paduka berusia 40-an itu bersama empat lagi lelaki berusia antara 30 hingga 60-an berakhir selepas ditahan dalam berberapa serbuan di sekitar bandar raya ini sejak 23 hingga 28 Julai lalu susulan laporan diterima polis pada 13 Julai lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Superintendan Koh Ah Tiam berkata, kegiatan itu terbongkar apabila mereka menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium menyebarkan tawaran projek bernilai RM442 juta pada awal bulan lalu.

“Sindiket berkenaan meminta bayaran komitmen daripada syarikat kontraktor yang berminat dengan berjumlah antara RM600,000 hingga RM1 juta dan siasatan mendapati projek berkenaan masih di peringkat cadangan oleh kerajaan negeri dan belum mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Malah, suspek utama yang bekerja sendiri menunjukkan kad yang kononnya diperoleh dari Istana Terengganu dan menyamar dengan membawa gelaran Datuk Paduka bagi mendapatkan kepercayaan syarikat kontraktor.

“Siasatan mendapati kumpulan ini mula bergerak sejak Jun lalu dengan menjadikan rumah masing-masing sebagai tempat operasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Koh berkata, siasatan mendapati empat syarikat kontraktor termasuk sebuah syarikat di Kuala Lumpur hampir menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan.

“Susulan penahanan lima suspek, polis merampas beberapa barangan antaranya dokumen, komputer riba dan telefon bimbit serta sekeping kad pengesahan yang kononnya membawa gelaran Datuk Paduka dari Istana Negeri Terengganu.

"Lima suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Sumber : Harian Metro (2 Ogos 2016)
Tulisan : Zatul Iffah Zolkiply

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 01 Ogos 2016



Emas jatuh semalam, selepas meningkat lebih satu peratus kepada hampir tiga minggu tinggi pada sesi sebelumya, berikutan ekuiti meningkat dan dolar pulih daripada paras terendah, selepas angka pertumbuhan mengecewakan Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Jabatan Perdagangan AS melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi AS berkembang pada kadar tahunan 1.2 peratus pada suku pertama, lebih kurang daripada yang dijangkakan.

Saham Asia mencecah satu tahun tinggi semalam, manakala indeks dolar yang menjejaki dolar AS berbanding sekumpulan enam mata wang saingan meningkat 0.1 peratus pada 95.673, bergerak jauh daripada rendah iaitu 95.384 pada Jumaat, terendah sejak 5 Julai.

Spot emas turun 0.3 peratus pada AS$1,347.01 satu aun pada 0643 GMT.

Emas mencecah AS$1,355.10 pada Jumaat, paras tertinggi sejak 12 Julai. Emas AS susut 0.2 peratus pada AS41,354.30 satu aun.

“Pasaran (emas) akan menjadi lebih berhati-hati menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang dikeluarkan pada Jumaat.

"Jika ia menjadi lemah, maka orang ramai akan mengubah jangkaan mereka mengenai prospek ekonomi AS secara drastik. Jika mereka agak baik, data buruk KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) boleh diimbangi oleh data pekerjaan yang baik,” kata Ketua Penganalisis Shandong Gold Group, Jiang Shu.

Isyarat spot emas ada bercampur-campur dan akan menjadi lebih jelas apabila logam keluar daripada antara AS$1,346 hingga AS$1,3S7 satu aun, menurut penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao. 

Pembuat dasar utama AS Fed mengemukakan pendapat berbeza mengenai kenaikan kadar dengan Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan menggesa untuk berhati-hati, manakala Presiden Fed San Francisco, John Williams menjangkakan bank pusat menaikkan kadar faedah sehingga dua kali sebelum akhir tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Emas - 30 Julai 2016



Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka meningkat pada minggu ini apabila kalangan pembeli diunjur memanfaatkan data ekonomi yang akan diumumkan pada minggu berkenaan.

Penjaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao, berkata bagi minggu datang, kalangan pembeli akan terus memberi tumpuan kepada Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China, laporan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) serta memantau pergerakan mata wang (ringgit dan dolar AS). 

“Kami menjangkakan niaga hadapan bursa emas mencatat prestasi lebih baik pada minggu lnl berdasarkan pengaruh risiko geopolitik dan data Keluaran Dalam Negara Kasar AS yang lemah," katanya.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, Julai 2016 menokok 33 mata kepada RM174.60 segram, Ogos 2016 naik 31 mata kepada RM174.80 segram manakala September 2016 dan Oktober 2016 masing-masing naik 28 mata kepada RM175.30 dan RM175.45 segram.

Jumlah dagangan mingguan sebaliknya merosot kepada 96 lot bernilai RM1.52 juta daripada 127 lot bernilai RM2.19 juta, minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat berkurangan kepada 286 kontrak daripada 331 kontrak, sebelum ini. Emas kekal tidak berubah pada Jumaat dan dalam laluan yang tepat untuk keuntungan bulanan satu peratus apabila dolar meneruskan kerugiannya selepas program rangsangan Bank Pusat Jepun (BoJ) lebih rendah berbanding jangkaan pasaran.

BoJ meneruskan dasar rangsangan monetarinya semalam pada fasa peningkatan sederhana dalam pembelian semula dana tukaran dagangan, hasil tekanan kerajaan dan pasaran kewangan untuk tindakan yang lebih besar bagi penggalakan pertumbuhan dan mempemepatkan inflasi mencapai sasaran dua peratus.

Indeks Dolar yang mengukur mata wang itu berbanding mata wang lain turun 0.4 peratus kepada 96.363.

Justeru harga emas didagangkan rendah 0.1 peratus kepada AS$1,333.33 seaun pada 0740 GMT, dalam laluan yang tepat untuk peningkatan bulanan kedua berturut-turut, memacu keuntungan mingguan pertamanya kali ketiga.

Sementara itu, emas di AS turut tidak berubah pada AS$1,331.90 seaun.

“Mungkin pada waktu ini, keputusan BoJ akan memberikan sedikit sokongan kepada emas,” kata Pengurus Kekayaan UBS, Dominic Schnider di Hong Kong.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS