Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Wang Tandatangan Gabenor Baharu Tiga Bulan Lagi



Wang kertas yang ditandatangani Gabenor Bank Negara yang baharu, Datuk Muhammad Ibrahim dijangka diedarkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Muhamad berkata, pengedaran wang baharu itu dilaksanakan selepas not sedia ada perlu diganti. 

“Wang baharu (dengan tandatangan Gabenor) akan diedarkan tidak lama lagi," katanya kepada media selepas merasmikan pameran 'Karya Kertas : Seni Matawang' di Kuala Lumpur, semalam.

Pameran yang berlangsung sehingga 30 November ini, mempamerkan sebanyak 30 wang kertas berasal daripada lebih 10 negara yang wujud sejak abad ke-14 hingga abad ke-21.

Pameran itu menunjukkan nilai dan identiti kebangsaan sesebuah negara menerusi reka bentuk dan ciri keselamatan wang kertas pada masa itu selain cara penyampaian mesej tertentu melalui seni. 

Anatomi, proses pengeluaran 
Selain itu, pameran berkenaan menampilkan sudut pembelajaran yang menerangkan anatomi dan proses pengeluaran wang kertas bermula dari mereka bentuk, fungsi pusat wang tunai berautomasi serta penggunaan bilik gelap untuk memeriksa ciri keselamatan wang kertas.

Pameran itu dibuka mulai 10 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment