Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 Ogos 2016



Harga emas jatuh semalam disebabkan pengukuhan dolar AS, sungguhpun jangkaan kenaikan kadar faedah di AS dalam tempoh terdekat belum cukup memberikan sokongan susulan angka pertumbuhan ekonomi mengecewakan di AS.

Indeks dolar, yang mengukur dolar berbanding beberapa mata wang utama, menokok 0.1 peratus kepada 95.824, selepas jatuh serendah 95.384 minggu lalu apabila ia mencatat kejatuhan terbesar dalam tiga bulan.

Harga emas semerta susut 0.3 peratus kepada AS$1,348.46 satu auns pada 0328 GMI, selepas ditutup 0.2 peratus lebih tinggi pada AS$1,352.85 pada Isnin. Emas mencecah paras tinggi AS$1,355.10, paras tertingginya sejak 12 Julai pada Jumaat.

Emas AS susut 0.3 peratus pada AS$1,355.20 satu auns.

"Dolar yang kukuh merendahkan harga emas sedikit demi sedikit," kata pedagang Jepun.

Emas semerta cenderung untuk melepasi sokongan pada AS$1,346 satu auns dan jatuh ke arah sokongan berikutnya pada AS$1,328, sebagaimana ditunjukkan corak graf dan analisis penjejakan Fibonacci, kata penganalisis teknikal REUTERS, Wang Tao.

“Kami melihat AS$1,345 hingga AS$1,350 sebagai sokongan meluas jangka pendek berikutan logam itu kelihatan akan melepasi lebih tinggi ke arah AS$1,375," kata pedagang di MKS PAMP Group, Sam Laughlin.

Harga minyak menokok pada awal dagangan semalam selepas harga minyak mentah AS jatuh di bawah AS$40 satu tong sesi sebelumnya, tetapi pedagang berkata pasaran bahanapi terus dipengaruhi lebihan pengeluaran.

"Setakat ini, kelemahan minyak tidak memberikan banyak impak ke atas emas, yang mana ia memberi tahu kita bahawa pelabur terdorong oleh kenaikan kadar faedah yang tidak boleh dielakkan di AS,” kata penganalisis di INTL. PCStone, Edward Meir, dalam satu nota.

Rizab Persekutuan harus berhati-hati berhubung kenaikan kadar faedah disebabkan risiko kepada ekonominya, kata Presiden Rizab Persekutuan New York, William Dudley.

Bank of England kelihatannya bersedia mengurangkan kadar faedah buat pertama kali sejak 2009 pada Khamis.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, menokok 0.62 peratus kepada 964.03 tan pada Isnin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment