Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : 'Balaci" Cikgu Awi



Kota Bharu : "Saya mula terjebak dengan skim pelaburan cepat kaya apabila melihat blog skim itu sejak Julai tahun lalu.

“Sejak itu saya sukar meahan diri dan terus terpengaruh dengannya," kata mangsa skim cepat kaya dikenali Jack, 24.

Dia yang juga seorang kontraktor tinggal di Kampung Chawas, Tanah Merah mendakwa sudah kerugian kira-kira RM70,000 apabila aktif melabur dengan Highway Group Resources.

Katanya, selepas membaca maklumat menarik mengenai skim itu, dia mengadakan penemuan dengan pengasas syarikat iaitu Cikgu Awi di sebuah restoran di Tanah Merah.

“Ketika berjumpa, dia (Cikgu Awi) memberi penerangan sehingga saya memahami segala butiran serta turut menunjukkan bukti keuntungan yang diperoleh oleh pelabur lain.

“Dia memang pandai menerangkan dan memujuk saya. Saya tertarik untuk menyertai pelaburan itu pada hari pertama berjumpa dengannya dan menyerahkan modal permulaan sebanyak RM350.

“Saya juga mula mencari ahli yang lebih ramai untuk turut melabur dan dengan keahlian itu yang melebihi sasaran, Cikgu Awi turut menawarkan saya sebagai pengurus kumpulan," katanya.

Jack tidak menafikan keuntungan diperoleh pada awal pelaburan adalah mengikut jadual yang ditetapkan namun mula berubah apabila semakin dikenali.

Melihat pelaburan itu yang positif dan memberi pulangan lumayan, dia bersama rakan membuat promosi di laman sosial untuk menarik ramai ahli dalam skim pelaburan.

“Ramai yang mula menarik minat dan masuk di bawah saya hingga ahli mencecah 5,000 pelabur. Namun, ia tidak berpanjangan apabila sejak awal tahun pelaburan ini gagal berfungsi dan tidak lagi beri keuntungan.

“Mungkin juga kerana terlalu popular dengan cepat dan pengasas sudah memperoleh apa dimahukan. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan meletak jawatan pada 29 Januari lalu dan tidak lagi terjebak dengan skim berkenaan," katanya.

Menurutnya, kegagalan memberi keuntungan kepada pelabur membuatkan dirinya diburu oleh ahli yang datang menuntut wang mereka dikembalikan.

Jack juga diugut malah dipukul pelabur yang berang kerana merasa dianiaya.

“Ia sangat memeningkan kerana saya juga rugi dengan membuat pelaburan ini. Saya kemudian membuat laporan polis pada 23 Februari lalu," katanya yang acap kali ke rumah Cikgu Awi untuk menuntut wang, namun gagal menemuinya hingga hari ini.

Sumber : Harian Metro (4 Ogos 2016)
Tulisan : Siti Hidayatul Razali Dan Rosliza Mohamed

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment