Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 Ogos 2016



Emas jatuh semalam, selepas meningkat lebih satu peratus kepada hampir tiga minggu tinggi pada sesi sebelumya, berikutan ekuiti meningkat dan dolar pulih daripada paras terendah, selepas angka pertumbuhan mengecewakan Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu.

Jabatan Perdagangan AS melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi AS berkembang pada kadar tahunan 1.2 peratus pada suku pertama, lebih kurang daripada yang dijangkakan.

Saham Asia mencecah satu tahun tinggi semalam, manakala indeks dolar yang menjejaki dolar AS berbanding sekumpulan enam mata wang saingan meningkat 0.1 peratus pada 95.673, bergerak jauh daripada rendah iaitu 95.384 pada Jumaat, terendah sejak 5 Julai.

Spot emas turun 0.3 peratus pada AS$1,347.01 satu aun pada 0643 GMT.

Emas mencecah AS$1,355.10 pada Jumaat, paras tertinggi sejak 12 Julai. Emas AS susut 0.2 peratus pada AS41,354.30 satu aun.

“Pasaran (emas) akan menjadi lebih berhati-hati menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang dikeluarkan pada Jumaat.

"Jika ia menjadi lemah, maka orang ramai akan mengubah jangkaan mereka mengenai prospek ekonomi AS secara drastik. Jika mereka agak baik, data buruk KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) boleh diimbangi oleh data pekerjaan yang baik,” kata Ketua Penganalisis Shandong Gold Group, Jiang Shu.

Isyarat spot emas ada bercampur-campur dan akan menjadi lebih jelas apabila logam keluar daripada antara AS$1,346 hingga AS$1,3S7 satu aun, menurut penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao. 

Pembuat dasar utama AS Fed mengemukakan pendapat berbeza mengenai kenaikan kadar dengan Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan menggesa untuk berhati-hati, manakala Presiden Fed San Francisco, John Williams menjangkakan bank pusat menaikkan kadar faedah sehingga dua kali sebelum akhir tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment