Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

JENAYAH : Tawaran Berhelah


Kuala Lumpur - Tandatangan kertas kosong, urusan melalui telefon dan habuan lumayan antara promosi 'tak masuk akal' yang digunakan along untuk memperdaya peminjam dan yang terbaru, mereka juga tidak ketinggalan menggunakan media sosial untuk membuat tawaran kepada mangsa.

Perkara ini didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan orang ramai yang keliru dengan tawaran ceti haram berkenaan yang dibuat di dalam Facebook menyerupai pinjaman daripada kerajaan dan agensi berwajib.

Ketua aktivitisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, selepas meneliti aduan itu, semakan pihaknya mendapati sekurang-kurangnya terdapat empat puluh akaun Facebook atas pelbagai nama seperti 'pinjaman mudah', 'pinjaman peribadi mudah', 'pinjaman wang berlesen', yang menunggu mangsa 'masuk jerat' dengan pelbagai janji manis termasuk kepada mereka yang disenaraihitamkan institusi kewangan.

"Kita bimbang dengan situasi ini kerana biarpun tindakan sudah diambil pihak berkuasa, mereka semakin agresif mencari peminjam dengan bermacam tawaran yang bertujuan mengabui mata masyarakat.

"Baru-baru ini, kita mendapat aduan mengenai seorang mangsa yang menghubungi along berkenaan kerana menyangka dia berhubungan dengan agensi kerajaan, tapi sebenarnya along. Sudahnya dia menanggung kadar faedah yang berpuluh kali ganda daripada jumlah wang yang diterima," katanya, semalam.

Nadzim berkata, ia taktik terbaru along untuk mendapatkan peminjam kerana kebanyakan iklan haram yang ditampal di seluruh negara sudah ditanggalkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam beberapa operasi bersepadu yang dijalankan sebelum ini.

Katanya, PPIM juga menghubungi pemilik akaun berkenaan, namun tawaran yang diberikan meragukan kerana mendakwa boleh meluluskan pinjaman walaupun sudah disenaraihitamkan bank selain faedah yang agak tinggi dibandingkan dengan kadar biasa.

"Paparan pada Facebook juga seolah-olah mereka ini wakil kerajaan atau agensi berkaitan, namun saya percaya ia taktik memperdaya orang ramai yang tidak tahu prosedur sebenarnya memohon pinjaman," katanya.

Sebelum ini katanya, kebanyakan mereka menjadi mangsa along selepas melihat iklan yang ditampal di merata-rata selain mendapat risalah yang diedarkan dari rumah ke rumah, namun trend itu beralih kepada penggunaan media sosial.

"PPIM juga sudah merujuk kes itu ke Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya, tetapi orang ramai juga perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan iklan seperti ini," katanya.

Sumber : Harian Metro (27 November 2014)
Tulisan : Yusmizal Dolah Aling


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment