Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Labur Wang Terus Lebur


Ampang - Seorang ahli perniagaan warga Gambia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menipu seorang individu membabitkan kerugian RM393,500, bulan lalu.

Tertuduh, Barin Sweat, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zolkapli.

Mengikut pertuduhan, Barin didakwa memperdaya Mohd Sharaf Bajuri @ Mohamad, 41, untuk menyerahkan wang tunai secara berperingkat sebanyak RM393.500 bagi mendapatkan pulangan wang berganda.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Rekreasi berhampiran Masjid As-Adzim, Pandan Indah di sini, jam 3 petang dan 8 malam antara 19 September hingga 22 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda jika didapati bersalah.

Selain itu, tertuduh turut didakwa dengan pertuduhan memasuki dan tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah di perkarangan Balai Polis Ampang di sini pada jam 11.35 pagi, 14 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2003) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukan denda maksimum RM10,000 atau penjara sampai lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan sehingga enam kali.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Nurakmal Farhan memohon mahkamah supaya tertuduh diberi bantuan daripada pihak kedutaanGambia dan bagi proses perlantikan peguam.

"Saya juga memohon mahkamah tidak memberikan ikat jamin," katanya.

Zulyana kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 9 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula.

Sumber : Harian Metro (26/11/2014)
Oleh : Sarah Zulkifli


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment