Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PETIKAN HARIAN METRO : Suri Rumah Dalang Skim Cepat Kaya



"Ditahan perdaya warga emas RM21,350" 

Kota Bharu - Seorang suri rumah yang disyaki ketua kumpulan pelaburan skim cepat kaya koperasi ditahan polis di rumahnya di bandar Gua Musang selepas didakwa memperdaya wang RM21,350 milik seorang warga emas, Oktober tahun lalu.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, jam 11 pagi, kelmarin.

Ketuanya, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suri rumah berkenaan ditahan hasil laporan polis yang dibuat seorang mangsa lelaki berusia 68 tahun bekerja sebagai peneroka Felda di Gua Musang yang terpedaya selepas menyerahkan wang lebih RM20,000 itu kepada wanita berkenaan Oktober tahun lalu.

Katanya, sebelum itu, suspek menawarkan keuntungan berganda yang mampu diperoleh dalam tempoh 10 hari selepas membuat pelaburan.

“Mangsa dijanjikan akan memperoleh bonus pelaburan dalam masa beberapa hari selepas tempoh matang, namun tidak menerima keuntungan itu.

“Berikutan itu, mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu membuat laporan di Balai Polis Gua Musang kelmarin,” katanya.

Menurutnya, ini tangkapan pertama membabitkan kes pelaburan skim cepat kaya yang beroperasi sejak Mei tahun lalu.

“Wanita itu direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya 

Mohamed Zulmazi berkata, pihaknya masih memburu ketua kumpulan yang lain di seluruh negeri.  

“Kita tidak menolak kemungkinan ada dalam kalangan mangsa yang tidak membuat laporan mengenai penipuan itu,” katanya.  

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyertai pelaburan berkenaan supaya tidak mudah terpengaruh dengan helah yang dilakukan menerusi kegiatan terbabit.  

Sumber : Harian Metro (23 Febuari 2016)  
Tulisan : Siti Nor Hidayatidayu Razali & Rosliza Mohamed


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment