Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Russia Sekat Pinjaman Dalam Mata Wang Asing



"Langkah bank pusat minimum risiko berkaitan turun naik ruble"

Moscow : Sebahagian besar pinjaman perbankan di Russia dilaksanakan dalam ruble bagi meminimumkan risiko berkaitan turun naik mata wang, kata Gabenor Bank Pusat, Elvira Nabiullina.

Dengan sekatan dan kejatuhan harga minyak yang menjejaskan ruble, bank pusat mengambil langkah drastik, termasuk menaikkan penanda aras kadar faedah pada Disember 2014 kepada 17 peratus. Kadar itu kini berada pada 11 peratus.

Bank pusat juga sudah memulakan langkah mengetatkan peraturan untuk membendung risiko berkaitan pendedahan tukaran asing dalam sistem perbankan Russia, dengan ia sudah meminta bank menyediakan lebih banyak modal bagi pinjaman asing runcit.

“Turun naik mata wang secara mendadak yang mana menunjukkan risiko tukaran asing sangat penting bagi kami dan peminjam,” kata Nabiullina kepada Reuters.

Bank pusat juga memperkenalkan kadar pertukaran asing yang membolehkan bank menggunakannya untuk menilai aset berasaskan mata wang asing.

Ia bagi membantu mereka meminimumkan jumlah modal yang disediakan bagi mengatasi kerugian berpotensi. Bank kembali ke kadar pasaran pada 1 Januari.

Lebihkan peruntukan modal
“Risiko tukaran asing seharusnya lebih rendah bagi mengekang mereka daripada risiko sistemik. Kami sedang membincangkan peningkatan pekali risiko bagi pinjaman asing kepada syarikat,” kata Nabiullina. 

Sebelum ini, bank pusat berkata, langkah itu bagi menyediakan lebih banyak peruntukan modal bagi pinjaman asing kepada syarikat berkuat kuasa mulai 1 April.

Beliau menambah, bank pusat juga sedang mempertimbang untuk bank menyediakan lebih banyak rizab untuk deposit asing korporat dan peruncitan.

Russia adalah antara pengeluar tenaga utama dan negara pengeksport global, selain syarikat dari negara itu iaitu Rosneft adalah pengeluar minyak terbesar dunia dan Gazprom sebagai pengeluar gas utama global. 

Nabiullina menegaskan risiko tukaran asing lebih rendah bagi syarikat pengeksport berbanding syarikat bukan berpendapatan tukaran asing.

“Kami tidak memiliki anggaran tertentu (bagi saham asing dalam aset bank) namun kami berpendapat sebahagian pinjaman perlu dalam ruble," katanya.

Nabiullina menambah risiko pertukaran asing adalah terkumpul dalam hartanah dan sektor runcit.

“Saham bagi pinjaman tukaran asing adalah besar, pada masa sama, tiada pendapatan tukaran asing dalam sektor itu,” katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment