Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Febuari 2016



Harga emas meneruskan kejatuhan di bawah paras tertinggi satu tahun semalam berikutan pengukuhan dalam dolar AS dan pasaran saham.

Bagaimanapun, logam itu kekal di atas AS$1,200 satu auns berikutan kebimbangan dalam pasaran kewangan mendorong pelabur menyalurkan wang ke dalam jongkong emas.

Logam itu melonjak ke paras tertinggi satu tahun pada awal bulan ini disebabkan kelam kabut di pasaran saham selain kebimbangan berhubung ekonomi global, tetapi mencatat kejatuhan kecil minggu lalu disebabkan aktiviti pengambilan untung dan pengukuhan pasaran saham.

Jongkong emas kekal antara aset yang mencatat prestasi terbaik tahun ini dengan mencatat kenaikan 15 peratus disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan dan aliran masuk dana menyokong kenaikan. 

Harga emas semerta jatuh ke paras terendah sesi pada AS$1,220.75 satu auns, sebelum kerugian dikurangkan untuk diniagakan pada 0.5 peratus lebih rendah kepada AS$1,221.36 pada 0304 GMT.

Ia susut 0.3 peratus pada Jumaat.

Dana lindung nilai dan pengurus wang meningkatkan pertaruhan dalam dagangan hadapan dan opsyen emas COMEX ke paras tertinggi hampir empat bulan dalam minggu berakhir 16 Februari, demikian menurut Data Suruhanjaya Dagangan Hadapan Komoditi AS.

Dana ekuiti mencatat aliran keluar paling lama sejak 2008 pada minggu lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment