Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

KWSP Terus Laksana Strategi Pelbagaikan Aset Pelaburan



"Pengurus dana persaraan cadang tingkat pelaburan luar negara"

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meneruskan strategi mempelbagaikan aset pelaburannya bagi menjamin pulangan yang mapan pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata kepelbagaian aset pelaburan membantu pengurus dana persaraan itu mengimbangi kesan ketidaktentuan pasaran global dan domestik.

Beliau berkata, strategi itu juga menyediakan peluang kepada KWSP menjana keuntungan dan mengenal pasti pelaburan berpotensi yang menarik.

“Pada tahun lalu, pelaburan ekuiti kekal sebagai penyumbang utama kepada pendapatan pelaburan. Pelaburan asing menyumbang secara ketara, iaitu 48 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar," katanya pada taklimat media mengenai Dividen KWSP 2015, di Kuala Lumpur, semalam.

Shahril Ridza berkata, KWSP bercadang untuk meningkatkan pelaburan luar negara kepada 27 peratus dalam tempoh dua tahun ini.

Beliau berkata, pada 2015, pelaburan asing mewakili 25 peratus daripada keseluruhan pelaburan sepanjang tahun lalu.

Katanya, pelaburan luar negara mencatatkan pertumbuhan pantas dalam tempoh lebih lima tahun lalu daripada enam peratus pada 2008 kepada 25 peratus pada 2015.

“Jumlah wang yang kami labur di pasaran global sangat ketara, terutama antara 2008 dan 2014. Meskipun pergerakan turun naik ringgit yang tidak menentu, kami mampu mencapai sasaran peruntukan 25 peratus dalam aset global,” katanya.

Shahril Ridza berkata, KWSP juga bercadang untuk meningkatkan pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur antara lapan hingga 10 peratus daripada jumlah asetnya dalam tempoh lima hingga tujuh tahun. 

Beliau berkata, kebanyakan aset hartanah yang dibeli adalah aset yang menawarkan hasil pulangan yang tinggi dengan tempoh pajakan yang parang.

Prestasi pelaburan  
Mengulas mengenai prestasi pelaburan KWSP pada tahun lalu, Shahril Ridza berkata, pengurus dana persaraan itu mencatatkan prestasi yang baik dan mengatasi jangkaan pada 2015 meskipun berdepan persekitaran yang mencabar.

Beliau berkata, pendapatan kasar KWSP mencecah paras RM40 bilion buat kali pertama pada tahun lalu meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran, terutama pada akhir tahun berikutan turun naik tidak menentu harga komoditi global, ekuiti dan mata wang.

KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.40 peratus untuk 2015 dan pembayaran dividen sebanyak RM38.24 bilion.

Pembayaran dividen berjumlah RM38.24 bilion itu adalah yang tertinggi sejak pengurus dana itu ditubuhkan 

KWSP mencatat pendapatan kasar sebanyak RM44.23 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, peningkatan sebanyak 13.18 peratus berbanding RM39.08 bilion pada 2014.

Mengenai pengurangan caruman KWSP sumbangan pekerja daripada 11 peratus kepada lapan peratus akan memberi kesan kepada jumlah aset di bawah pengurusan, Shahril Ridza berkata, pengurangan caruman sumbangan pekerja itu dilihat tidak menjejaskan aliran tunainya memandangkan aliran bersih masuk setiap tahun ialah sekitar RM25-RM26 bilion.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment