Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

ROMPAKAN BERSENJATA : Rompakan Tiga Minit



"Pasangan rugi RM600,000 kedai emas dirompak empat lelaki bersenjata"

Butterworth - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM600,000 apabila kedai emas mereka di Medan Kurau 1, Taman Chai Leng, di sini, dirompak empat lelaki pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.34 pagi itu, tiga suspek memakai topi keledar berpenutup menerpa masuk ke dalam premis sebelum dua daripada mereka memecahkan cermin ruangan pameran barang kemas menggunakan tukul besi.

Ketika ruang pameran dipecahkan, seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah mangsa dan mengikut arahan mereka.

Pemilik kedai berkenaan, Lim Kheng Lin, 53, berkata, ketika kejadian, dia dan suami, Ng Weng Keng, 53, sedang duduk di dalam kedai sebelum didatangi suspek bertopi keledar.

"Seorang daripada mereka terus meluru ke arah saya dan mengacukan pistol tepat ke muka saya menyebabkan saya tergamam dan takut.

"Manakala, dua lagi rakannya menggunakan tukul besi dan kayu besbol memecahkan kaunter pameran barang kemas milik kami," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia ternampak seorang daripada mereka berkawal di luar kedai.

Katanya, kurang daripada tiga minit, mereka melarikan diri bersama 10 dulang emas menggunakan dua motosikal.

Kheng Lin berkata, semua lelaki itu tidak mencederakan mereka berdua dan sebelum melarikan diri, seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke udara bagi memberi amaran kepada orang ramai di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata, seorang lagi suspek yang berkawal di luar kedai juga memegang dua pucuk pistol di tangan kanan dan kirinya. 

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek terbabit turut melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum mereka melarikan diri menggunakan dua motosikal.

"Kejadian terbabit berlaku hanya dalam tempoh dua minit dan pasangan suami isteri di dalam premis bagaimanapun tidak cedera," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1971.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali Yong, 44, berkata, dia terdengar bunyi bising di kedai emas di sebelah kedainya.

"Disebabkan perasaan ingin tahu, saya keluar dari kedai untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati ada seorang lelaki memegang dua pucuk pistol di kedua-dua belah tangannya.

"Dia turut mengacukan pistol ke arah saya supaya tidak datang dekat sebelum saya masuk semula ke dalam kedai kerana bimbang dicederakan perompak terbabit," katanya.

Tulisan : Errah Amran


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment