"Langkah kawalan pengeluaran mantapkan sentimen pemulihan"
Singapura : Harga minyak mentah dunia menerusi aliran meningkat dengan lonjakan lebih sepertiga daripada paras terendah yang dicatat pada tahun ini.
la berikutan langkah kawalan pengeluaran serta prospek pasaran global yang semakin baik, sekali gus memantapkan sentimen pemulihan pasaran.
Kontrak hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada AS$39.10 satu tong pada petang semalam, meningkat AS$0.38 dari dagangan terakhir dan berada pada sekitar sepertiga lebih tinggi berbanding paras terendah Januari, iaitu ketika minyak jatuh ke tahap yang tidak terlihat sejak 2003.
Sementara itu, kontrak hadapan West Texas Intermediate (WTI) AS diniagakan pada AS$36.42 satu tong, meningkat setengah dolar atau atau 1.45 peratus, berbanding penutup terakhir dan 40 peratus di atas paras terendah Februari.
Bentuk dasar kejatuhan
“Pada peringkat ini, seolah-olah minyak membentuk dasar kejatuhannya sekitar AS$30, dan ia juga mungkin meningkat AS$40 pada masa tertentu,” kata Penganalisis Pasaran OptionsXpress, Ben Le Brun.
“Gambaran makro mengambil kira dari sudut keseluruhan, dan kebanyakannya menunjukkan seolah-olah ia akan meningkat dan dengan sebab itu saya melihat ada tanda yang harga minyak akan naik lebih tinggi.”
Penganalisis berkata, data gaji AS yang kukuh pasaran pada Jumaat dan awal semalam, melonjak harga, namun perhatian kini beralih ke China di mana Kongres Rakyat Kebangsaan membuka sesi tahunannya, minggu ini.
AS kurangkan pengeluaran minyak
Dan segi penawaran, firma tenaga AS mengurangkan pengeluaran minyak menerusi pelantar bagi minggu ke-11 berturut-turut kepada paras terendah sejak Disember 2009, dan data pada Jumaat juga menunjukkan sebagai pengeluar mengurangkan kos.
Penggerudi mengeluarkan lapan pelantar minyak minggu ini berakhir 4 Mac, menjadikan keseluruhan penurunan kepada 392, kata syarikat perkhidmatan minyak Baker Hughes Inc.
Ketua Penganalisis Pasaran di CMC Markets, Ric Spooner, berkata terdapat prospek yang baik untuk Brent mencecah AS$40 dan ia dengan mudah boleh berlaku dalam sesi dagangan akan datang.
Walaupun kenaikan harga baru-baru ini dan tinjauan umum menjangkakan situasi lebih baik, penganalisis memberi amaran secara umumnya lebihan akan kekal dan harga boleh kembali jatuh.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment