Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Mac 2016



Emas meningkat ke arah paras tertinggi 13 bulan semalam, disokong oleh nilai dolar dan saham Eropah yang lebih rendah selepas data perdagangan China meningkatkan kebimbangan mengenai keadaan permintaan global.

Eksport Februari China merosot 25.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala import menurun sebanyak 13.8 peratus.

Spot emas meningkat 0.5 peratus kepada AS$1,274.10 seaun pada 1034 GMT, dalam jangkauan untuk mencapai paras tertinggi Jumaat lalu iaitu AS$1,279.60, paras tertingginya sejak 3 Februari tahun lalu.

Emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran April naik 0.9 peratus kepada AS$1,275.70.  

“Logam ini sedang mencabar paras tertinggi 13 bulan minggu lalu, manakala paras tertinggi Februari sekitar AS$1,260 menjadi tahap sokongan teknikal yang kuat.”  

Dolar tidak berubah berbanding sekumpulan mata wang utama, selepas sebelum ini mencecah paras terendah seminggu berbanding yen Jepun, manakala indeks pan-European FTSEurofirst 300 jatuh satu peratus.  

Tumpuan utama pasaran yang seterusnya adalah kajian semula dasar pada Khamis ini oleh Bank Pusat Eropah (ECB), diikuti oleh mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS pada 15 dan 16 Mac.  

ECB dijangka melonggarkan dasar monetari, tetapi pelabur tidak pasti sejauh mana ia akan dilonggarkan. Fed mengurangkan kadar faedah untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad pada Disember.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment