Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN TUN TEJA : 75 Tuduhan 101 Mangsa RM4 Juta Rugi



Seorang bekas penaung badan bukan kerajaan (NGO) didakwa di Mahkamah Majistret di sini,semalam, atas 75 tuduhan memperdaya 101 mangsa berhubung skim pelaburan pelancongan dan kayu gaharu membabitkan kerugian hampir RM4 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Baharuddin Mohd Yusoff, 47, yang juga pakar motivasi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Al Baki.

Dalam prosiding itu, isteri tertuduh yang hamil tujuh bulan, Nor Hashimah Darus, 44, yang sepatutnya dituduh bersama semalam bagaimanapun tidak hadir disebabkan tekanan dan menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Selayang.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya semua mangsa untuk menyerahkan wang tunai antara RM3,800 hingga RM1,003,800 bagi menyertai skim berkenaan yang keuntungannya tidak wujud.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat pertubuhan Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, 51-1 & 51-2, Jalan Bandar Rawang 16, Bandar Rawang antara Januari 2012 hingga Disember 2014.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Khairul Azhwa Yusrie menawarkan yang jaminan RM450,000 dengan seorang penjamin. 

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Jason Singh memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan atas alasan anak guamnya mempunyai enam anak termasuk orang kurang upaya (OKU) serta mempunyai pendapatan RM1,500.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Januari ini sebagai sebutan semula kes.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dengan menggunakan nama sri kandi Melayu Tun Teja dan kononnya kelab ditubuhkan mereka berorientasi kebajikan dan sosial, suami isteri ini dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada ribuan mangsa yang membuat pelaburan dengan mere ka.

Antara taktik pasangan berusia 40-an itu ialah mengumpan mangsa dengan pulangan pelaburan lumayan antara lima hingga 11 peratus, selain menganugerahkan pelabur yang membuat pelaburan lebih RM100,000 selendang emas serta dua logo diraja untuk dipasang pada plat kereta.

Bagaimanapun, mereka yang dipercayai mula mengutip wang pelaburan secara haram sejak 2011 didalam gagal membayar komisen serta pulangan kepada ribuan pelabur meskipun ada yang melabur jutaan ringgit. 

Sumber : Harian Metro
Tulisan : Sarah Zulkifli


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment