Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 November 2015



Harga emas meneruskan penurunannya semalam, jatuh kepada paras terendah enam tahun yang dicatatkan minggu lalu.

Ia ditekan oleh pengukuhan nilai dolar dan kenyataan memberangsangkan daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kemungkinan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dinaikkan bulan depan. 

Spot logam itu jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,070.01 seauns menjelang 0644 GMT, turun buat sesi ke-13 dalam 16 hari dagangan bulan ini. Emas susut kepada AS$1,064.95 minggu lalu, paras terendah yang pernah dicatatkannya sejak Februari 2010.

Spekulasi bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam hampir sedekad pada tahun ini telah bertambah sejak data pekerjaan AS yang kukuh dikeluarkan awal bulan.  

Kenyataan daripada beberapa pegawai Fed pula mengukuhkan lagi pandangan berkenaan.

Kadar faedah lebih tinggi cenderung untuk mempengaruhi harga emas, kerana ia akan meningkatkan kos peluang memegang aset bukan pulangan, sambil mengukuhkan dolar.

“Kami menjangkakan harga emas pada sekitar AS$1,080 adalah seperti urus niaga teknikal, mencerminkan tabiat pasaran 'berdiri di atas pagar dalam pada mereka menunggu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada Disember. Kami mengekalkan unjuran akhir tahun pada AS$1,050,” kata penganalisis OCBC Bank, Barnabas Gan.

Lebih banyak tekanan ke atas logam berharga itu dijangka berlaku apabila pelabur mengambil pendirian untuk keluar daripada pasaran menjelang kenaikan kadar faedah AS.

Aset dalam SPDR Gold Trust, dana tukaran sokongan emas terbesar dunia susut 0.18 peratus kepada 660.75 tan pada Jumaat, paras terendah sejak September 2008.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment