Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Lidah Bersulam Emas




"Ratusan mangsa lebur RM15,000 untuk jongkong RM40,000"

Hanya perlu bayar RM15,000 dan pelabur dijanjikan faedah bulanan dan jongkong emas bernilai hampir RM40,000.

Bagaimanapun, tawaran pelaburan itu adalah palsu apabila beratus mangsa ditipu hampir RM8 juta apabila gagal memperoleh pulangan dijanjikan oleh sindiket yang aktif mencari mangsa melalui laman sosial Facebook (FB).

Salah seorang mangsa, Mohd Fakhrul Ali, 29, berkata, dia terjebak dalam penipuan pelaburan emas itu selepas dipujuk salah seorang rakannya menyertai skim berkenaan Ogos lalu.

Menurutnya, dia tertarik untuk melabur berikutan skim itu menjanjikan keuntungan dalam tempoh pantas.

"Ejen pelaburan itu yang bergerak melalui laman sosial Facebook (FB) memberi penerangan dan taklimat kepada saya dan individu lain yang berminat.

"Seramai 50 peserta mendengar taklimat khas itu yang diadakan di sebuah pejabat di Kepong," katanya.

Dia yang yakin terhadap penjelasan yang diberikan kemudian bersetuju menyertai skim itu dengan membayar RM15,000 secara tunai.

"Saya dijanjikan pulangan wang tunai sebanyak RM2,500 selama tiga bulan pertama selain akan diberikan jongkong emas pada akhir bulan ketiga.

"Sejurus selepas melabur, ejen itu kejap menghubungi saya dan memujuk saya supaya menggandakan jumlah pelaburan," katanya.

Bagaimanapun dia menyedari ditipu apabila wang faedah dijanjikan tidak dibayar pada tarikh ditetapkan sebelum ini.

"Ejen itu terus menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Malah, berpuluh mangsa lain turut menerima nasib sama.

"Saya bersama mangsa lain kemudian berusaha menjejaki suspek sehingga ke rumahnya, namun gagal. Kami yakin suspek sudah membawa lari wang mangsa berjumlah hampir RM8 juta," katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kes penipuan berkenaan.

Dia berkata, ramai mangsa yang kini kebingungan akibat ditipu dan jumlah mereka menjangkau lebih 200 individu.

Dalam kes berasingan sebelum ini, seorang lelaki turut dikesan memperdaya orang ramai dengan menawarkan pembelian emas secara ansuran sebanyak 200 gram selama tiga bulan.

Pelabur dijanjikan mendapat pulangan berbentuk emas fizikal 200 gram serta wang tunai RM34,000 bagi pelaburan itu.

Suspek turut melantik ejen khas untuk menarik pelabur baru sebelum menghilangkan diri bersama wang modal dikutip berjumlah jutaan ringgit.

Sementara itu jurucakap polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur meminta mangsa yang ditipu membuat laporan polis serta membawa sebarang bukti berkaitan.

Sumber : Harian Metro
Tulisan : Fardy Bungga & Nadzreen Shah Mat Salim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment