Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PNB Umum Agihan 6.20 Sen Seunit ASN3



Kuala Lumpur : Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.20 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Peruntukan pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM67.28 juta iaitu 31.3 peratus lebih tinggi berbanding RM51.24 juta pada tahun lalu.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, agihan pendapatan berkenaan kekal sama dengan kadar yang diberikan pada 2014 dan membabitkan sebanyak 37,121 pemegang unit yang melanggan 1.085 bilion unit ASN 3.

“Sehingga 20 November 2015, tabung ASN 3 sudah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM60.06 juta dengan pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM21.22 juta atau 35.3 peratus.

“Selain itu, keuntungan daripada penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sehingga RM18.98 juta atau 31.6 peratus,” katanya pada sidang media pengumuman pengagihan pendapatan ASN 3 di sini, semalam.

ASN 3 adalah dana imbang yang diperkenalkan pada 2001 bagi menjana pertumbuhan jangka sederhana dan panjang melalui portfolio pelaburan seimbang serta menerusi pelaburan semula pengagihan pendapatan sekiranya ada.

Beliau berkata, pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan pula menyumbang RM19.86 juta iaitu 33.1 peratus kepada jumlah pendapatan kasar.

“Pembayaran pengagihan pendapatan akan dilaburkan secara automatik dan dikreditkan dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Disember ini berdasarkan nilai aset bersih ASN 3 pada 30 November 2015.

“Sementara itu, bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASN 3 melalui Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pembayaran pengagihan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP," katanya. 

Semua pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASN 3 di pejabat atau ejen-ejen ASNB seluruh negara mulai 1 Disember 2015 dan semua urus niaga ASN 3 ditangguhkan mulai 22 hingga 30 November ini bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment