Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 November 2015



Spot emas kukuh semalam tetapi masih terperangkap hampir paling murah lebih daripada lima tahun, berikutan logam bergelut berbanding dolar lebih kukuh menjelang kenaikan kadar Amerika Syarikat (AS) yang dijangka pada bulan depan secara meluas.

“Kami masih negatif dan sasaran AS$985 dalam jangka pendek,” kata penganalisis UBS Wealth Management di Hong Kong, Dominic Schnider.

Beliau berkata, rasionalnya adalah agak jelas. Fed ke arah kenaikan, dolar menyaksikan kekukuhan selanjutnya dan dalam persekitaran itu, ia akan menjadi agak sukar untuk mengekalkan harga semasa.

Dolar yang lebih kukuh menjejaskan permintaan untuk komoditi berharga dalam mata wang AS dengan menjadikan mereka mahal bagi pemegang mata wang lain.

Spot emas meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada AS$1,085.80 seauns pada 0609 GMT. Harga mencecah paling lemah dalam lebih daripada lima tahun pada AS$1,064.95 seauns pada Rabu dan bersedia untuk menutup minggu ini dengan sedikit berubah.

Emas AS meningkat 0.7 peratus kepada AS$1,086 seauns.

Permohonan baharu AS untuk faedah pengangguran jatuh minggu lalu, manakala aktiviti ekonomi AS kembali pulih pada Oktober, tanda ekonomi sihat yang boleh memberi keyakinan kepada Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

Dolar stabil semalam selepas kenaikan, baru-baru ini, yang membawa mata wang AS itu ke paras tujuh bulan tinggi berbanding sekumpulan mata wang.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment