Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 19 November 2015



Harga emas ditutup lebih tinggi semalam, pulih daripada paras terendah dalam enam tahun apabila dolar berhenti daripada rali keuntungannya, walaupun logam beharga itu kekal di bawah tekanan susulan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Pegawai Rizab Persekutuan (Fed) pada Rabu mengulangi kempennya yang menyatakan Disember sebagai waktu terbaik bagi AS menaikkan kadar faedah selepas tujuh tahun meletakkannya pada paras hampir sifar. 

Kenaikan kadar faedah akan cenderung memberikan tekanan kepada emas apabila ia akan menaikkan peluang bagi kos memiliki jongkang emas bukan hasil selain melonjakkan dolar, kerana emas didagangkan dalam mata wang itu.

Harga emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,073.50 satu aun kepada 1057 GMT, manakala dagangan hadapan AS bagi penghantaran Disember naik AS$4.20 kepada AS$1,072.90.

Logam beharga itu mencecah paras paling lemahnya sejak Februari 2010 pada Rabu lalu kepada AS$1,064.85.

“Secara asasnya permintaan fizikalnya tidak seteruk itu.

“Saya berpendapat dolar AS akan berlaku pembetulan yang menurun dan emas kelihatannya akan pulih sementara memacu ke rantau AS$1,095.”

“Pasaran berpendapat ia mungkin akan menguji paras AS$1,090 hingga 1,095, namun semuanya terpulang kepada persoalan pengukuhan dolar” kata Ketua Perdagangan MKS, Afshin Nabavi.

Dolar kini didagangkan lebih rendah berbanding mata wang lain pada Khamis apabila beberapa penganalisis mempersoalkan yang ia mungkin memerlukan lebih banyak jangkaan pada bulan depan terhadap zon euro dan dasar monetari AS untuk memacu mata wang dolar ke paras lebih tinggi.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment