Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 November 2015



Emas mencatatkan sedikit kenaikan semalam apabila satu lagi ancaman bom yang menakutkan di Eropah dan tembakan di Paris mendorong permintaan terhadap logam yang lebih selamat itu, tetapi nilai dolar yang kukuh mengekalkan kekangan terhadap kenaikan harga yang mencecah paras terendah dalam tempoh hampir enam tahun pada sesi awal dagangan.

Perak menjejaki logam berharga itu, kembali ke wilayah positif selepas jatuh ke paras terendah dua setengah bulan, manakala platinum menokok pada paras terendah tujuh tahun.

Spot emas naik 0.07 peratus pada AS$1,071.4 seaun pada 0752 GMT, selepas jatuh ke AS$1,064.95 sebelum ini, paling rendah sejak Februari 2010.

Emas hadapan Amerika Syarikat (AS) meningkat 0.11 peratus pada AS$1,069.7.

Harga emas telah jatuh pada 14 daripada 16 sesi disebabkan tekanan ekoran jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dijangka menaikkan kadar faedah pada bulan depan.

Data pada Selasa menunjukkan harga pengguna meningkat pada bulan Oktober, menyemarakkan lagi jangkaan itu.

Emas berjaya meraih semula keuntungan susulan sedikit kerugian dalam lewat dagangan di Asia disebabkan dolar susut sedikit kepada 99.477 berbanding sekumpulan mata wang.

Bagaimanapun, ini tidak terlalu jauh daripada paras tertinggi tujuh bulan sebanyak 99.756 yang dicatat pada awal sesi dagangan. 

“Kita menyaksikan ledakan dalam beberapa hari lalu, tetapi reaksi spontan tidak benar-benar kekal,” kata Victor Thianpiriya, penganalisis di ANZ.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment