Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 November 2015



Harga emas jatuh ke paras terendah lima tahun semalam susulan kesan kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dan permintaan lemah di kalangan pembeli emas utama turut mempengaruhi harga.

Jangkaan semasa ialah AS akan menaikkan kadar faedah bulan depan, yang menolak nilai dolar ke paras tertinggi dalam setengah tahun berbanding beberapa mata wang utama, menjadikan logam berharga lebih mahal dipegang bagi mereka yang memegangnya dalam mata wang asing.

“Kelihatan ekonomi dunia lemah, juga di China dan India, maka potensi pasaran bagi pengguna juga susut,” kata Pengurus Besar Heraeus Precious Metals, Dick Poon.

China dan India adalah pengguna emas terbesar dunia.

Emas semerta susut AS$3.95 atau 0.4 peratus kepadaAS$1,078.46 satu aun pada 0608 GMT.

Ia mencecah AS$1,074.26 satu tan pada 12 November yang termurah dalam lebih lima tahun.

Harga emas AS susut 0.6 peratus kepada AS$1,077.50.

Logam perindustrian palladium pula jatuh dua peratus kepada AS$537.28 satu aun, menarik turun harga logam perindustrian yang jatuh disebabkan penyusutan permintaan dari China.

Presiden Perancis, Francois Hollande menyeru AS dan Russia supaya menyertai gabungan global untuk memusnahkan Negara Islam (IS) susulan serangan di Paris baru-baru ini.

Saham Asia menokok semalam, menyaksikan kelegaan selepas maklum balas Wall Street ke atas serangan Paris dan jangkaan bagi peningkatan kadar faedah pada Disember meletakkan dolar dalam keadaan bulis.

Pemimpin ekonomi terbesar dunia, AS dijangka menaikkan kadar faedah dua peratus menjelang 2018, sungguhpun pertumbuhan tidak sekata dan lebih lemah daripada jangkaan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment