Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pos Ar Rahnu Sasar Pembiayaan RM1 Bilion



"Pengeluaran untuk manfaat pelanggan menjelang 2018" 

Pos Ar Rahnu Sdn Bhd (Pos ArRahnu), anak syarikat Pos Malaysia Bhd, menyasarkan pengeluaran pembiayaan sehingga RM1 bilion kepada pelanggannya menjelang tahun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata sejak penuhuhannya pada 2012 sehinga 31 Oktober tahun ini, Pos ArRahnu sudah mengeluarkan lebih RM700 juta pembiayaan kepada lebih 100,000 pelanggan, terdiri daripada rakyat Malaysia dan warga asing.

Sedia banyak akses
Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 65 cawangan ArRahnu di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas,membeli emas terpakai dan menjual produk emas untuk tujuan pelaburan. 

"Pos ArRahnu sentiasa berusaha menggalak serta memperkayakan orang ramai dengan menyediakan lebih banyak akses dalam pelaburan menerusi pembelian produk emas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman kerjasama baharu penyedia perkhidmatan kewangan mikro Islam itu dengan syarikat perdagangan emas tizikal tempatan, Kumpulan Public Gold (Public Gold) di Kuala Lumpur, semalam.  

Yang turut hadir, Penyrusi Eksekutif Public Gold, Datuk Wira Louis Ng.

Kerjasama itu membabitkan perniagaan menjual produk emas pelaburan di 65 cawangan Pos ArRahnu di sehiruh negara.

Sebagai ejen korporat tunggal Public Gold, Pos ArRahnu mengembangkan sayapnya dari perniagaan asal berkonsepkan pajak gadai patuh syariah kepada pusat penyelesaian emas sehenti iaitu menjual produk emas pelaburan seperti jongkong emas dan dinar emas pada ketulenan 999.

Penuhi permintaan
Shukrie berkata, kerjasama berkenaan adalah sebagai memenuhi peningkatan permintaan produk logam pelaburan berharga (IPM).

“Menerusi pengenalan produk baharu itu, kami turut menyasarkan segmen perniagaan ArRahnu mampu menyumbang antara RM25 juta hingga RM30 juta kepada perolehan keseluruhan kumpulan, untuk tahun kewangan akan datang,” katanya.

Produk emas boleh diperoleh ada harga kompetitif dalam berat 0.5 gram sehingga 500 gram. Harga jualan harian prouk emas berdasarkan kepada harga dengan premium dikeluarkan oleh London Metal Exchange (LME).

Selain menjual produk emas, Pos ArRahnu juga sudah memulakan perniagaan pembelian balik emas terpakai dan menawarkan margin pembelian balik lebih daripada 90 peratus bagi mana-mana emas terpakai, barang kemas, dinar atau jongkong emas.

Sumber : Berita Harian (14 November 2015)
Tulisan : Nurhayati Abllah


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment