Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 November 2015



Harga emas jatuh buat sesi ke-12 daripada 13 sesi semalam, untuk diniagakan hampir ke paras terendah dalam enam tahun susulan meningkatnya peraturan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Ia juga berlaku apabila pelabur keluar daripada dana sokongan logam berharga itu.

Spot emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,082.90 seauns menjelang 0705 GMT dan dalam landasan untuk mencatatkan kejatuhan mingguan keempat berturut-turut.

Logam itu jatuh kepada AS$1,074.26 dalam sesi terdahulu, paras terendah sejak Febuari 2010.

Kumpulan logam platinum (PGM) turut menjejaki harga emas yang lebih rendah.

Platinum susut ke paras terendah dalam hampir tujuh tahun pada AS$865.25 kelmarin dan dalam laluan untuk mencatatkan penurunan mingguan terburuknya dalam tempoh empat tahun.

Palladium susut kepada paras terendah dalam dua setengah bulan pada AS $530.75 dan dengan kejatuhan sebanyak 12 peratus, ia sedang menuju kepada minggu terburuknya sejak September 2011.

Penganalisis HSBC, James Steel, berkata walaupun kami melihat permintaan fizikal bagi PGM daripada sumber industri secara umumnya adalah stabil, pelabur mula keluar dan kami tidak melihat sebarang isyarat awal pengurangan pengeluaran berikutnya.

“Sama ada rali dalam semua sektor harga komoditi atau terdapat bukti kukuh pengeluaran diperlukan sekarang untuk memacu rali dalam PGM,” katanya sambil menambah bahawa emas juga akan menyaksikan lebih banyak penurunan.

Aset SPDR Gold Trust, ETF terbesar emas pula jatuh kepada 661.94 tan pada Khamis, terendah sejak September 2008.

Pegangan semua dana emas berada pada paras terendahnya sejak Mac 2010.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment