Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 November 2015



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal tidak menentu dengan kecenderungan menurun minggu depan memandangkan kebimbangan berterusan akan kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

“Bagi minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas di bursa tempatan turun bagi lima minggu berturut-turut, mendapat tekanan daripada kemungkinan kenaikan kadar faedah AS bulan depan,” kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chan Pek Man.

Beliau berkata, ketegangan geopolitik antara Turki dan Russia awal minggu ini menyediakan sokongan terhad kepada harga emas.

Bagi asas mingguan, kontrak November 2015 turun 105 mata kepada RM145.15 satu gram, manakala Disember 2015 susut 112 mata kepada RM145.40 satu gram.

Kontrak Januari 2016 dan Februari 2016 setiap satu turun 106 mata masing-masing kepada RM145.70 dan RM146.20 satu gram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 564 lot bernilai RM8.21 juta daripada 191 lot bernilai RM2.91 juta. 

Kepentingan terbuka pada Jumaat menokok kepada 1,314 kontrak daripada 891 kontrak sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment