"Polis tahan 15 suspek culik ahli perniagaan Iran"
Kuala Lumpur : Gagal melangsaikan hutang dipercayai menjadi punca ahli perniagaan warga Iran bergelar Datuk Seri diculik sekumpulan lelaki.
Mangsa ahli perniagaan industri minyak dan gas diculik pada jam 6 petang, Isnin lalu di rumahnya berhampiran Jalan Ampang Hilir di sini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan mangsa ketika cuba diseludup keluar dari negara ini Rabu lalu.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata, mangsa berusia 50-an dibebaskan dengan selamat di Melaka.
Katanya, ekoran kejadian itu polis menahan 15 suspek termasuk tujuh anggota polis di beberapa tempat untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian ini tiada wang tebusan diminta suspek daripada ahli keluarga mangsa. Hasil siasatan Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menahan semua suspek berusia 26 hingga 55 tahun,” katanya semalam.
Menurutnya. mangsa dipercayai cuba dilarikan suspek ke luar negara atas sebab tertentu, namun dihidu polis sejurus menerima laporan.
Law memberitahu, motif kejadian dipercayai berpunca akibat perbalahan mengenai hutang sebelum mangsa diculik.
“Semua suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga Khamis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, pihaknya percaya tangkapan susulan terhadap individu yang dipercayai terbabit.
Sumber : Harian Metro (01 Disember 2015)
Tulisan : Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment