Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bank Negara Kekal OPR 3.25 Peratus



"Pendirian dasar monetari sokong aktiviti ekonomi" 

Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPG) semalam.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

MPC katanya, menyedari terdapat peningkatan risiko dalam persekitaran ekonomi dan kewangan global dan ia sedang dipantau dengan teliti bagi mengkaji implikasinya terhadap kestabilan makro ekonomi dan prospek ekonomi Malaysia.

“Ini bagi memastikan pendirian dasar monetari adalah selaras dengan prospek pertumbuhan keseluruhan yang mapan,” kata Bank Negara.

Bank Negara berkata,meskipun pertumbuhan telah menjadi perlahan di kebanyakan ekonomi Asia, rantau ini terus mencatat pertumbuhan yang positif dengan disokong oleh permintaan dalam negeri.

“Ketidaktentuan dalam pasaran kewangan antara bangsa sudah reda, namun pasaran akan terus menerima kesan daripada peralihan mudah tunai global dan sentimen pelabur,” katanya.

Prestasi ekonomi 
Bank Negara berkata, risiko pertumbuhan global menjadi lebih perlahan adalah masih tinggi ekoran momentum pertumbuhan yang semakin sederhana dalam beberapa ekonomi utama, ketidakpastian mengenai harga tenaga dan komoditi serta kemungkinan keadaan pasaran tidak teratur disebabkan oleh dasar dalam ekonomi utama.

Katanya, prestasi ekonomi Malaysia terus dipen garuhi oleh persekitaran luaran yang lembap dan oleh itu, permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.

“Penggunaan swasta dijangka menjadi sederha na apabila isi rumah terus membuat penyelarasan terhadap kos sara hidup yang lebih tinggi dalam keadaan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.

“Perbelanjaan isi rumah akan disokong oleh pertumbuhan upah dan keadaan pasaran pekerja yang stabil dan meskipun aktiviti pelaburan semakin perlahan dalam industri minyak dan gas, pelaburan akan disokong oleh projek pembangunan infrastruktur dan perbelanjaan modal oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan,” katanya.

BNM berkata, pada masa depan, permintaan dalam negeri dijangka terus menjadi permacu utama pertumbuhan dengan disokong oleh eksport apabila pertumbuhan global menjadi bertambah baik.

Ekonomi Malaysia katanya, terus mendapat manfaat daripada pelbagai sumber pertumbuhan, ekonomi yang fleksibel pengemasaran rendah, paras hutang luar negeri yang terurus dan permodalan sistem perbankan yang kukuh.

Bank Negara berkata,purata inflasi bagi Ogos dan September adalah 2.8 peratus dan dijangka kekal stabil secara relatif dalam tempoh selanjutnya tahun ini.

Tulisan : Ahmad Fiesal Othman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment