Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 November 2015



Harga emas kukuh semalam selepas mencatat kejatuhan empat hari tetapi berada hampir paras terendah empat minggu berikutan pelabur menjual logam itu disebabkan jangkaan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Minggu lalu Rizab Persekutuan memberi isyarat kadar faedah akan dinaikkan Disember depan, mengecewakan pandangan sebelum ini bahawa kenaikan hampir sedekad itu boleh ditolak ke tahun depan disebabkan kebimbangan pertumbuhan ekonomi global yang lembap.

Emas semerta menokok 0.1 peratus kepada AS$1,134.60 satu auns pada 0246 GMT, tetapi ditutup ke paras terendah empat minggu AS$1,132.35 yang dicapai pada sesi dagangan sebelum itu.

Logam itu susut untuk empat hari berturut-turut pada Isnin.

“Kami kekal negatif ke atas keseluruhan prestasi kumpulan logam berharga untuk jangka pendek. Gabungan pengukuhan dolar, pasaran saham AS yang meningkat, kecairan ETF, ketidaktentuan Rizab Persekutuan, selain gambaran teknikal yang semakin buruk akan memberikan reaksi defensif yang lebih panjang,” kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Sebagai aset yang tidak membayar faedah, permintaan emas akan terkesan daripada kadar faedah tinggi, sementara dolar yang lebih kukuh menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih mahal untuk dipegang dalam mata wang asing.

Data ekonomi AS yang dikeluarkan Isnin menyokong kenaikan kadar faedah tahun ini. Aktiviti perkilangan pada Oktober mencecah paras terendah dua setengah tahun, tetapi peningkatan tempahan baharu memberi harapan.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment