Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Mei 2014


Harga emas stabil semalam selepas tiga hari jatuh, tetapi menuju kejatuhan mingguan terbesar dalam tempoh dua bulan disebabkan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) menjejaskan peranannya yang dianggap sebagai pelaburan lindung nilai.

Spot emas sedikit berubah pada AS$1,256.50 seauns pada 0635 GMT, tetapi tidak jauh daripada paras terendah 16 minggu iaitu AS$1,251.10 yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Ia menuju ke penurunan bulanan kedua dalam tempoh tiga bulan. Logam itu jatuh hampir tiga peratus minggu ini, disebabkan tekanan daripada ekuiti yang lebih kukuh dan dolar AS yang lebih kukuh.

Data Khamis lalu menunjukkan bahawa ekonomi AS menguncup buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada suku pertama, tetapi data lain sepanjang minggu lalu mengenai manfaat pengangguran, pembuatan dan keyakinan pengguna, menunjukkan ekonomi telah pulih dengan baik.

"Jika tiada sebarang kejadian yang serius berlaku di Ukraine yang boleh membabitkan Russia, kami rasa harga mungkin akan terus rendah disebabkan faktor profil teknikal emas yang rendah.

"Kami menjangkakan harga akhirnya akan berada sekitar paras AS$1,200-AS$1,220 sebelum penurunan sekarang yang berlaku dengan sendiri, berakhir," kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

Emas sering dilihat sebagai pelaburan yang selamat pada masa keadaan geopolitik yang tidak menentu dan harga saham yang lebih rendah.

Namun, permintaan fizikal bagi logam gagal untuk meningkat walaupun berlaku penurunan harga. Premium di negara pembeli utama, China tidak banyak berubah minggu ini.

Data awal minggu menunjukkan bahawa import dari saluran utama, Hong Kong jatuh ke paras terendah 14 bulan pada bulan April, kerana bank pengimport telah memenuhi stok mereka tatkala permintaan yang rendah dan nilai mata wang yuan lemah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment