Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Mei 2014


Harga emas terus mencatatkan penurunan bagi tiga sesi dagangan berturut-turut semalam, mencecah paras terendah 16 minggu baharu susulan pengukuhan dolar AS dan permintaan emas fizikal yang lemah di China.

Emas semerta jatuh kepada AS$1,251.70 seauns, paras terendah sejak awal Febuari, sebelum pulih sedikit untuk diniagakan 0.4 peratus lebih rendah pada AS$1,253.41 pada 0638 GMT.

Logam itu jatuh hampir tiga peratus dalam dua sesi dagangan sebelum ini.

Dolar AS berlegar pada paras tertinggi dua bulan berbanding mata wang utama lain, sementara saham Asia mengukuh susulan kenaikan baru-baru ini.

Pengukuhan dolar menjadikan emas lebih mahal bagi mereka yang berniaga dalam mata wang selain dolar.

Selain itu, pasaran saham yang kukuh mengurangkan daya tarikan logam itu sebagai pelaburan lindung nilai.

"Saya berpendapat harga akan jatuh di bawah AS$1,230 kerana kita tidak menyaksikan sebarang permintaan fizikal untuk menyokong paras rendah ini," kata Peter Fung di Wing Fung Precious Metals di Hong Kong.

Pasaran bearis buat masa ini dengan pengukuhan dolar mengurangkan daya tarikan emas.

Permintaan negara pengguna jongkong emas terbesar dunia, China, gagal untuk meningkat sungguhpun di tengah kejatuhan harga.

Premium China kepada harga global tidak berubah pada AS$2-AS$3 seauns daripada sebelum kejatuhan harga, menandakan pembelian kukuh tidak berlaku.

Pelabur jongkong emas memantau perkembangan di Ukraine.

Situasi geopolitik yang tidak menentu menaikkan daya tarikan emas sebagai pelaburan selamat.

Antara logam berharga lain, platinum naik 0.2 peratus manakala palladium menghampiri paras tertinggi tiga tahun dalam sesi sebelum ini.

Tunjuk perasaan di Afrika Selatan masih belum selesai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment