Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Mei 2014


Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tiga setengah bulan semalam, menambah kepada penurunan semalam besar susulan kebimbangan berlakunya kelembapan permintaan daripada negara pengguna terbesar, China.

Perkembangan itu juga disebabkan data ekonomi kukuh Amerika Syarikat (AS) yang mengurangkan daya tarikan pelaburan logam itu.

Spot emas jatuh kepada AS$1,260.74 seauns, paras paling lemahnya sejak awal Febuari sebelum kembali stabil pada AS$1,264.70.

Logam itu susut 2.3 peratus pada sesi terdahulu, penurunan sehari terbesarnya sejak Disember.

Emas secara keseluruhannya stabil sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan penganalisis teknikal memetik formasi carta yang dipanggil 'bendera' berikutan bentuk segi tiganya mewakili pengukuhan sementara dengan lingkungan harga mengecil sebelum pergerakan pasaran terdahulu bermula kembali.

"Profil teknikal terus mencatatkan penurunan dan kami menjangka untuk menguji paras yang lebih rendah. Saya tidak melihat sebarang penyokong pada masa ini," kata penganalisis ANZ, Victor Thianpiriya.

Katanya, kelemahan dalam permintaan China juga membimbangkan.

Data dagangan pada Khamis menunjukkan import emas China dari Hong Kong jatuh ke paras terendah dalam 14 bulan pada April apabila bank pengimport menyediakan simpanan secukupnya ditengah-tengah permintaan yang lebih kecil serta nilai yuan lebih lemah.

Permintaan China gagal meningkat semalam meskipun berlaku penurunan besar semalam dalam harganya.

"Kami berdepan penurunan harga sebanyak AS$30 dan masih tiada kenaikan dalam premium China. Itu tidak menyokong," kata Thianpiriya.

harga emas tulen 99.99 peratus di Shanghai Gold Exchange adalah sekitar AS$2-AS$3 seauns di atas harga global, hanya berubah sedikit daripada premium Selasa.

Perbezaan harga antara harga China dan global dianggap pengukur terbaik permintaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment