Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 Jun 2014


Emas mengekalkan kenaikan semalaman pada Jumaat dan berada di landasan untuk mencatat kenaikan mingguan pertama dalam tiga minggu.

Ia berikutan Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan langkah untuk mengepam wang ke dalam ekonomi zon euro.

Pelabur, bagaimanapun menghindari daripada mengambil kedudukan besar kerana menanti data laporan pembayaran gaji bukan perladangan AS lewat malam tadi bagi mendapatkan petunjuk.

Emas semerta naik 0.2 peratus kepada AS$1,255.40 seauns pada 0643 GMT, selepas melonjak hampir satu peratus pada Khamis, peratusan kenaikan tertinggi sejak pertengahan bulan lalu.

Logam itu jatuh keparas rendah empat bulan pada Selasa, tetapi kini menuju ke arah mencatat kenaikan 0.4 peratus untuk minggu ini.

"Rali itu adalah reaksi kepada peningkatan kecairan yang diumumkan ECB," kata Barnabas Gan, penganalisis di OCBC Bank.

Emas katanya akan memberi maklum balas kepada pergerakan dolar dan data ekonomi AS yang akan menentukan langkah Rizab Persekutuan berikutnya.

ECB menggariskan skim empat tahun bernilai 400 bilion euro (AS$544.86 bilion) memberikan bank yang memegang kredit satu insentif untuk menambah pinjaman kepada perniagaan dalam zon euro dan berjanji akan melakukan lebih lagi usaha sekiranya perlu bagi menghadapi risiko deflasi.

Bank itu juga berkata inflasi zon euro berada di bawah satu peratus sejak Oktober.

Emas dilihat sebagai pelaburan lindung nilai bagi inflasi dan ekonomi yang lembap.

Data yang akan dikeluarkan lewat Jumaat berkemungkinan menunjukkan pertumbuhan pekerjaan AS yang perlahan pada Mei dan kadar pengangguran berkemungkinan naik tetapi tidak mencukupi untuk melemahkan pandangan bahawa ekonomi kembali naik dengan kukuh.

"Sekiranya data mengejutkan ke arah positif, emas akan jatuh di bawah AS$1,250 sekali lagi," kata Gan.

Antara logam berharga lain, platinum dan palladium menambah selepas presiden kesatuan pekerja AMCU Afrika Selatan berkata tuntutan pembayaran gaji 12,500 rand (AS$1,200) sebulan tidak boleh dirunding.

Ini membantutkan harapan penyelesaian pantas.

Afrika Selatan adalah pengeluar terbesar platinum dan kedua terbesar palladium.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment