Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Jun 2014


Emas diniagakan melepasi keuntungan pada Jumaat, iaitu berada di landasan untuk kenaikan minggu pertama ke minggu ketiga berikutan Bank Pusat Eropah (ECB) melancarkan kaedah mengepam wang ke dalam kelembapan ekonomi zon euro.

Pelaburan, bagaimanapun, berusaha mempertahankan kedudukan dengan meninjau laporan pembayaran gaji Amerika Syarikat (AS).

Pasaran logam itu, menokok 0.2 peratus kepada AS$1,255.40 seauns pada 0643 GMT, selepas menjunam hampir satu peratus pada Khamis.

Logam itu jatuh ke paras rendah ke bulan keempat, pada Selasa tetapi kini menuju keuntungan 0.4 peratus untuk minggu ini.

Penganalisis di OCBC Bank, Barnabas Gan, berkata emas akan bertindak balas terhadap pergerakan dalam dolar dan data ekonomi AS yang akan menentukan dasar bergerak Rizab Persekutuan.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi semalam, sejajar kenaikan harga di Commodity Exchange (COMEX).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata niaga hadapan emas di Comex melonjak ke paras paling tinggi sejak 30 Mei, selepas ECB mengurangkan kadar depositnya kepada -0.1 peratus.

"Kenaikan dalam harga emas berpunca daripada pembelian untuk menampung kekurangan, apabila peniaga yang sebelum ini mengunjur harga akan susut menjelang menyuarat ECB, membeli untuk mengelakkan kerugian," katanya.

Pada penutup, Jun 2014 menambah lima mata kepada RM129.55, Julai 2014 menokok 10 mata kepada RM129.85, Ogos 2014 meningkat lapan mata kepada RM130.25, September 2014 naik 13 mata kepada RM130.25, namun Oktober 2014 turun dua mata kepada RM131.20 segram.

Kedudukan terbuka meningkat kepada 5,554 kontrak daripada 4,939 kontrak dicatat kelmarin, manakala perolehan melonjak kepada 729 lot bernilai RM9.5 juta daripada 187 lot bernilai RM2.4 juta pada Khamis.

Harga fizikal emas naik 56 sen kepada RM125.32 segram daripada RM124.76 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment