Showing posts with label Presiden Barack Obama. Show all posts
Showing posts with label Presiden Barack Obama. Show all posts
Berita Emas - 06 November 2012
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Berita Emas November,
Brian Lan,
GoldSilver Central Pte Ltd,
Kongres Parti Komunis,
Krisis Greece,
Mitt Romney,
Penganalisis Reuters,
Presiden Barack Obama,
Wang Tao
Harga emas tidak banyak berubah semalam ketika pelabur menunggu kemungkinan perubahan polisi rentetan pilihan raya Presiden AS sementara peralihan pemimpin baru China dan pemberontakan Greece terhadap langkah penjimatan baru turut menyebabkan keadaan berhati-hati.
Presiden AS, Barack Obama dan calon Republikan, Mitt Romney terbabit dalam kempen saat akhir bagi meraih undi. Kemenangan terhadap Romney mungkin menjejaskan harga emas kerana harapan rangsangan kewangan lanjut mungkin pudar, menurunkan prospek kepada bulion.
Pelabur juga menunggu peralihan pemimpin China yang hanya berlaku sekali setiap dekad, dengan jangkaan polisi ekonomi yang lebih jelas sebaik saja pasukan pemimpin baru dilantik selepas Kongres Parti Komunis Ke-18, yang mana ia dijadualkan bermula pada Khamis.
"Ramai klien menunggu menjelang pilihan raya AS," kata Brian Lan, pengarah urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, sambil menambah bahawa penurunan harga terkini menarik pelabr runcit di rantau ini.
Spot emas didagangkan hampir tidak berubah pada AS$1,684.46 seauns menjelang 0723 GMT, meningkat kembali berbanding paras rendah dua bulan AS$1,672.24 pada sesi sebelumnya.
Penganalisis teknikal mencadangkan emas spot mungkin kekal di atas paras sokongan AS$1,675 hingga AS$1,678 seauns pada hari itu, ekoran ketiadaan petanda untuk mengatasi paras ini, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.
Bagaimanapun, sebilangan peniaga menyatakan keputusan pilihan raya hanya mempunyai kesan jangka pendek terhadap pasaran. Data terbaru menunjukkan pengembangan luas dalam sektor perkhidmatan AS mencatatkan penurunan minggu lalu, yang mana ia mencadangkan bahawa pemulihan ekonomi terbesar dunia itu kekal sederhana, sementara aktiviti dalam sektor perkhidmatan China turut menurun.
"Ia lebih berkait dengan sentimen, sejak langkah rangsangan diumumkan Persekutuan tidak boleh ditarik balik dan keputusan pilihan raya tidak akan merubah ekonomi semalaman," kata peniaga yang berpengkalan di Shanghai.
Comments(0)
Berita Emas - 30 Oktober 2012
Posted by
jaarsmtd
|
Labels:
Arkib Berita harian 2012,
Brian Lan,
dSilver Central Pte Ltd,
Gol,
Mitt Romney,
Parti Demokrtik,
Parti Republikan,
Petikan Daripada Berita Harian,
Presiden Barack Obama,
REUTERS,
Ribut Sandy
Harga emas ditutup rendah semalam dan menuju ke paras kerugian bulanan terbesar sejak Mei, selepas pendapatan korporat yang mengecewakan mendorong pelabur menjual pegangan bagi menampung kerugian di pasaran lain yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global.
Minggu ini, tumpuan akan menjurus keadaan di Amerika Syarikat (AS) yang mana perangkaan pelaporan gaji akan dikeluarkan pada Jumaat ini sekali gus bakal memberikan hala tuju pemulihan pasaran buruh negara itu, selain boleh mempengaruhi proses pilihan raya yang semakin tegang antara Parti Demokrtik, Presiden Barack Obama dan pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney.
Ribut Sandy,, salah satu ribut terbesar yang pernah melanda AS, bagaimanapun tidak menjejaskan aktiviti dagangan di Asia, tetapi penutupan pasaran Wall Street boleh mengurangkan jumlah dagangan selain pada masa yang sama meningkatkan ketidaktentuan pasaran.
Harga emas mencecah paras terendahnya iaitu sekitar AS$1,704 seauns dan berada pada paras AS$1,711.70 seauns pada 0713 GMT, meningkat sebanyak AS$2.46.
Ia mencecah paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan, melebihi AS$1,795 pada awal Oktober selepas Rizab Persekutuan AS mengumumkan pusingan ketiga rangsangan ekonomi yang agresif, pada September lalu.
"Tidak banyak kejutan berlaku kerana ia masih bergerak dalam jajaran dagangan. Peniaga lebih berhati-hati menjelang pilihan raya AS dan masalah euro," kata pengarah urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.
"Saya percaya sokongan yang berlaku untuk paras harga ini datangnya dari India susulan musim perayaan Diwali.
"Pada paras AS$1,700, ia adalah paras sokongan yang tidak kuat. Apabila paras itu dicapai, kita boleh menjangka untuk melihat tahap sokongan seterusnya pada AS$1,675," kata Lan sambil membayangkan tahap rintangan berada pada AS$1,720.
Musim perayaan di India, negara pengguna emas utama semakin memuncak pada November ini dengan Diwali, pesta cahaya lampu.
Majlis perkahwinan juga turut diadakan pada tempoh berkenaan dengan barang kemas emas menjadi bahagian penting mas kahwin anak perempuan.
Harga emas di AS bagi Disember meningkat AS$3.90 kepada AS41,712.60 seauns. - REUTERS
Subscribe to:
Posts (Atom)









