Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Oktober 2012


Harga emas ditutup rendah semalam dan menuju ke paras kerugian bulanan terbesar sejak Mei, selepas pendapatan korporat yang mengecewakan mendorong pelabur menjual pegangan bagi menampung kerugian di pasaran lain yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi global.

Minggu ini, tumpuan akan menjurus keadaan di Amerika Syarikat (AS) yang mana perangkaan pelaporan gaji akan dikeluarkan pada Jumaat ini sekali gus bakal memberikan hala tuju pemulihan pasaran buruh negara itu, selain boleh mempengaruhi proses pilihan raya yang semakin tegang antara Parti Demokrtik, Presiden Barack  Obama dan pencabarnya dari Parti Republikan, Mitt Romney.

Ribut Sandy,, salah satu ribut terbesar yang pernah melanda AS, bagaimanapun tidak menjejaskan aktiviti dagangan di Asia, tetapi penutupan pasaran Wall Street boleh mengurangkan jumlah dagangan selain pada masa yang sama meningkatkan ketidaktentuan pasaran.

Harga emas mencecah paras terendahnya iaitu sekitar AS$1,704 seauns dan berada pada paras AS$1,711.70 seauns pada 0713 GMT, meningkat sebanyak AS$2.46.

Ia mencecah paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan, melebihi AS$1,795 pada awal Oktober selepas Rizab Persekutuan AS mengumumkan pusingan ketiga rangsangan ekonomi yang agresif, pada September lalu.

"Tidak banyak kejutan berlaku kerana ia masih bergerak dalam jajaran dagangan. Peniaga lebih berhati-hati menjelang pilihan raya AS dan masalah euro," kata pengarah urusan  GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, Brian Lan.

"Saya percaya sokongan yang berlaku untuk paras harga ini datangnya dari India susulan musim perayaan Diwali.

"Pada paras AS$1,700, ia adalah paras sokongan yang tidak kuat. Apabila paras itu dicapai, kita boleh menjangka untuk melihat tahap sokongan seterusnya pada AS$1,675," kata Lan sambil membayangkan tahap rintangan berada pada AS$1,720.

Musim perayaan di India, negara pengguna emas utama semakin memuncak pada November ini dengan Diwali, pesta cahaya lampu.

Majlis perkahwinan juga turut diadakan pada tempoh berkenaan dengan barang kemas emas menjadi bahagian penting mas kahwin anak perempuan.

Harga emas di AS bagi Disember meningkat AS$3.90 kepada AS41,712.60 seauns. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment