Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 25 Oktober 2012


Harga emas meningkat minggu lalu berikutan pertumbuhan kukuh dalam pasaran ekuiti.

Namun peningkatan itu masih berada dalam jajaran tahap paling lemah untuk tempog tujuh minggu berikutan pengumuman baru Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai komitmentnya dalam mengekalkan langkah rangsangan kewangan semasanya, sekali gus membantu peningkatan nilai dolar negara itu.

Harga emas meningkat mencecah AS$1,795.69  seauns pada awal bulan ini, iaitu paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan, berikutan program Fed membeli hutang bersandarkan gadai janji.

Tetapi harga komoditi itu kembali susut berikutan pengukuhan nilai dolar AS baru-baru ini selepas munculnya isyarat peningkatan sedikit dalam ekonominya.

Harga emas meningkat AS$8.27 kepada AS41,710.20 seauns, Khamis lalu. Ia bagaimanapun jatuh ke paras terndah dalam tempoh tujuh minggu, iaitu sekitar AS$1,698 seauns selepas Fed berkata ia akan terus mengekalkan pelan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara itu sehinggalaha pasaran kerja kembali pulih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment