Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 Oktober 2012


Emas naik tipis semalam selepas pembelian awal tindakan membeli pada harga rendah berlaku dan kebimbangan mengenai masalah ekonomi global kembali timbul, namun permintaan musim perayaan bagi pengguna utama India membantu menyokong harga.

Data pengilang China yang positif pada awalnya meningkatkan harga tetapi emas pada landasan untuk turun pada Oktober dalam bulan pertama dalam lima bulan selepas ia gagal mengatasi paras psikologi AS$1,800, menyebabkan pelabur beralih kepada dolar sebagai aset lindung nilai.

Emas mencecah tinggi sekitar AS$1,714 dan kukuh pada AS$1,708.20 menjelang 0617 GMT, tidak jauh di atas paras rendah sesi sebelumnya sebanyak AS$1,703, yang juga terendah sejak 7 September.

Harga turun jatuh di bawah paras tinggi AS$1,795.69 yang direkodkan pada awal Oktober.

"Tentunya, pada landasan kepada AS$1,700 kita boleh melihat beberapa sokongan. Saya merasakan perkara paling penting adalah pilihan raya AS," kata Ronald Leung, Pengarah Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong.

"Pelabur nampaknya melakukan sedikit pembelian. Mereka tidak begitu agresif," kata Leung, yang menyatakan premium jongkong emas tidak banyak berubah antara 50 ke 90 sen kepada harga spot London.

Pelabur menunggu kenyataan polisi Rizab Persekutuan pada akhir mesyuarat dua hari, tetapi kebanyakan pakar ekonomi tidak menjangkakan polisi baru sebelum pilihan raya presiden 6 November, hanya sebulan selepas Persekutuan melancarkan pusingan ketiga pembelian bon besar-besaran.

Program terbaru bank pusat dalam membeli hutang yang disokong oleh cagaran merangsang harga emas, tetapi logam itu sudah jatuh berbanding paras rekod tinggi baru sekitar AS$1,920 yang direkodkan tahun lalu.

Emas AS bagi Disember sedikit berubah pada AS$1,709.20 seauns.

Satu kaji selidik HSBC terhadap pengilang China mencadangkan pertumbuhan sedang pulih dalam ekonomi kedua terbesar dunia yang membantu mengurangkan kerugian dalam saham Asia, walaupun pelabur kekal berhati-hati kerana pendapatan koporat lemah di seluruh dunia serta kebimbangan berterusan kelembapan ekonomi global.

Indeks Pengurusan Pembelian Pengilangan China HSBC naik ke paras tiga bulan tinggi sebanyak 49.1 pada Oktober, yang mana ia turut menunjukkan tempahan kukuh sejak April, menandakan pengukuhan pemulihan ekonomi.

Sektor fizikal mengharapkan pembeli daripada pengguna utama India untuk kembali ke pasaran ketika musim perayaan, ketika mana perkahwinan tradisi Hindu juga berlangsung. - REUTERS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment