Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 November 2012


Harga emas tidak banyak berubah semalam ketika pelabur menunggu kemungkinan perubahan polisi rentetan pilihan raya Presiden AS sementara peralihan pemimpin baru China dan pemberontakan Greece terhadap langkah penjimatan baru turut menyebabkan keadaan berhati-hati.

Presiden AS, Barack Obama dan calon Republikan, Mitt Romney terbabit dalam kempen saat akhir bagi meraih undi. Kemenangan terhadap Romney mungkin menjejaskan harga emas kerana harapan rangsangan kewangan lanjut mungkin pudar, menurunkan prospek kepada bulion.

Pelabur juga menunggu peralihan pemimpin China yang hanya berlaku sekali setiap dekad, dengan jangkaan polisi ekonomi yang lebih jelas sebaik saja pasukan pemimpin baru dilantik selepas Kongres Parti Komunis Ke-18, yang mana ia dijadualkan bermula pada Khamis.

"Ramai klien menunggu menjelang pilihan raya AS," kata Brian Lan, pengarah urusan GoldSilver Central Pte Ltd di Singapura, sambil menambah bahawa penurunan harga terkini menarik pelabr runcit di rantau ini.

Spot emas didagangkan hampir tidak berubah pada AS$1,684.46 seauns menjelang 0723 GMT, meningkat kembali berbanding paras rendah dua bulan AS$1,672.24 pada sesi sebelumnya.

Penganalisis teknikal mencadangkan emas spot mungkin kekal di atas paras sokongan AS$1,675 hingga AS$1,678 seauns pada hari itu, ekoran ketiadaan petanda untuk mengatasi paras ini, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Bagaimanapun, sebilangan peniaga menyatakan keputusan pilihan raya hanya mempunyai kesan jangka pendek terhadap pasaran. Data terbaru menunjukkan pengembangan luas dalam sektor perkhidmatan AS mencatatkan penurunan minggu lalu, yang mana ia mencadangkan bahawa pemulihan ekonomi terbesar dunia itu kekal sederhana, sementara aktiviti dalam sektor perkhidmatan China turut menurun.

"Ia lebih berkait dengan sentimen, sejak langkah rangsangan diumumkan Persekutuan tidak boleh ditarik balik dan keputusan  pilihan raya tidak akan merubah ekonomi semalaman," kata peniaga yang berpengkalan di Shanghai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment