Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Kod Pelabur Institusi Malaysia Dilancar


Kod Pelabur Institusi Malaysia telah dilancarkan secara bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd (MSWG) pada 27 Jun 2014.

Pakar tempatan serta luar negara dari United Kingdom Dan Jepun berkongsi pengalaman mereka dalam persidangan berkenaan.

Perumusan kod itu yang juga cadangan di bawah Rangka Tindakan Tadbir Urus Korporat 2011 sudah bermula setahun lalu, dengan wakil pegawai kanan pelabur institusi dan pakar serta SC di Malaysia telah menyumbang terhadap pembentukannya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam merealisasikan kod berkenaan.

Kod itu mengandungi enam prinsip amalan terbaik beserta panduan yang terbaik berserta panduan yang menjelaskan pengguna dan terima pakai prinsip berkenaan. Walaupun penggunaan kod itu adalah sukarela, pelabur institusi digalakan untuk menjadi penanda tangan bagi menunjukkan komitmen mereka menerima pakai amalan terbaik di bawah kod berkenaan.

Kod Pelabur Institusi boleh dimuat turun daripada laman web SC dan MSWG.

Menyentuh mengenai mesyuarat agung tahunan (AGM) MAS yang berlangsung selama 5 jam, ramai pemegang saham kecewa dengan prestasi lemah yang masih berterusan.

Rasa tak puas hati
Pemegang saham menunjukkan rasa tidak puas hati mereka apabila resolusi bagi yuran pengarah tidak diluluskan melalui undian secara mengangkat tangan.

Resolusi itu kemudian diluluskan melalui undian secara poll, setelah pengerusi syarikat menggunakan kuasa beliau untuk melaksanakan undian secara sulit (poll) mengikut peraturan yang dibenarkan di bawah Memorandum dan Artikel Syarikat.

Bagaimanapun, pada penghujung mesyuarat, lembaga pengarah memutuskan untuk tidak menerima yuran pengarah mereka, walaupun bayaran telah diluluskan.

Kami berpandangan tindakan berani dan drastik perlu dilaksanakan untuk memulihkan kedudukan kewangan MAS. Ini semestinya membabitkan penstrukturan semula organisasi dan operasi syarikat.

Dalam hal berasingan, kami melihat beberapa perkembangan terkini Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik menjadi pengarah syarikat tersenarai yang mungkin ada baik buruknya.

Mereka memang dapat membantu memperkenalkan syarikat kepada pihak yang penting dan memberi nasihat birokrasi kerajaan, namun mereka juga mungkin secara tidak sedar mengalakkan idea bahawa syarikat hanya boleh ke hadapan melalui 'siapa yang dikenali' dan bukannya 'merit dan apa yang diketahui'.

Kami juga bimbang mengenai aspek komitmen masa untuk melaksanakan tugas mereka sebagai pengarah syarikat.

Rita Benoy
Ketua Eksekutif
Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Bhd

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment