Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Jun 2014


Emas didagangkan lebih rendah pada Jumaat namun masih mengekalkan kedudukannya sebagai peningkatan bagi empat minggu berterusan susulan kelemahan pada dolar yang menjejaki data ekonomi AS.

Perbelanjaan pengguna AS naik jauh lebih teruk daripada jangkaan pada Mei menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan berlaku penurunan bagi unjuran suku kedua pertumbuhan negara itu.

Harga emas turun 0.2 peratus kepada AS$1,315.54 seauns menjelang 1205 GMT.

Selasa lalu ia mencecah AS$1,325.90, paras tertingginya sejak pertengahan April.

Secara keseluruhannya ia hanya naik 0.1 peratus minggu ini.

Harga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos tidak berubah pada AS$1,316.90 seauns.

"Corak kenaikan emas yang lebih sengit bermula selepas komen Rizab Persekutuan (Fed) minggu lalu yang menyatakan memberi tekanan kepada dolar," kata Natixis Analisis , Bernard Dahdah.

Namun momentum harga kelihatannya bergerak ke luar sehingga berlaku sesuatu yang besar kepada politik antara negara atau data buruk yang dikeluarkan oleh AS.

Sementara itu, perkembangan dunia yang tidak menentu, khususnya dolar lemah berpunca daripada data ekonomi AS yang bercampur-campur serta ketegangan geopolitik di Iraq yang belum reda, dijangkakan mendorong naik harga kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif minggu ini.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Azim Faris Abd Rahim, berkata kebanyakan pedagang emas yakin spekulasi mengenai ketidaktentuan itu akan mendorong permintaan ke atas emas.

Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2014 meningkat enam mata kepada RM135.85 segram, Julai 2014 menambah tujuh mata kepada RM136.10 segram, Ogos 2014 menokok 12 mata kepada RM136.65 segram dan September 2014 meningkat 15 mata kepada RM136.80 segram.

Jumlah dagangan berkurang kepada 3,115 lot bernilai RM42.56 juta berbanding 3,179 lot bernilai RM42.23 juta yang direkodkan minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat sebanyak 7,215 kontrak berbanding 6,789 kontrak minggu lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment