Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 30 Jun 2014


Emas kekal stabil menghampiri paras tinggi dua bulan pada Isnin susulan prestasi dolar yang kurang memberangsangkan dan komoditi itu dijangka mencapai pertumbuhan sukuan kedua ekoran ketegangan geopolitik yang memacu permintaan kepada pelaburan selamat.

Pelabur memantau rapat data pekerjaan AS dan mesyuarat European Central Bank (ECB) minggu ini bagi mendapatkan sebarang jangkaan berhubung langkah rangsangan sebelum melaksanakan sebarang tindakan.

Spot emas hampir tidak berubah kepada AS$1,315.40 seauns pada 0636 GMT, tidak jauh daripada paras tinggi dua bulan iaitu AS$1,325.90 yang dicatatkan minggu lalu.

Logam itu menambah 2.4 peratus pada suku kedua tahun ini, selepas meningkat hampir tujuh peratus pada suku sebelumnya, dipacu oleh ketegangan di Ukraine dan Iraq.

"Gambaran teknikal bagi emas menunjukkan ia dalam prestasi baik dengan sokongan pada AS$1,300 dan paras halangan sekitar AS$1,335," kata seorang peniaga berpangkalan di Hong Kong.

Data pekerjaan AS dan mesyuarat ECB dijadualkan pada Khamis dengan kedua-duanya menjadi tumpuan dengan pelabur memantau rapat petunjuk berhubung kekuatan ekonomi global.

Dolar bergelut untuk melepasi paras rendah satu bulan berbanding dengan mata wang utama lain awal dagangan semalam dengan mencatatkan kejatuhan terbesar mingguan dalam tempoh lebih dua bulan selepas data AS yang mengecewakan.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup keseluruhannya lebih rendah semalam berikutan belian yang lembap disebabkan ekonomi AS yang bertambah baik.

Peniaga berkata, prestasi ekonomi yang lebih baik telah melemahkan permintaan untuk logam berharga berkenaan sebagai aset selamat.

Ketika ditutup, Jun 2014 dan Julai 2014 merosot enam mata tiap satu masing-masing kepada RM135.55 dan RM135.80 segram manakala Ogos 2014 dan September 2014 susut masing-masing kepada RM136.25 dan RM136.40 segram.

Kedudukan terbukameningkat kepada 10,682 kontrak daripada 7,215 kontrak manakala jumlah dagangan melonjak kepada 3,678 lot bernilai RM50.2 juta daripada 284 lot bernilai RM3.85 juta pada Jumaat.

Harga fizikal emas menurun lapan sen kepada Rm131.06 segram daripada RM131.14 segram pada Jumaat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment