Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : RM940,000 Ditipu Macau Scam


Melaka Tengah - Sebanyak 30 kes penipuan 'Macau Scam' membabitkan kerugian hampir RM940,000 dilaporkan di negeri ini dar Januari hingga Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Komersial (JSJK) Negeri, Superintendan Ee Khong Koy, berkata jumlah itu agak membimbangkan berikutan pihaknya hanya menerima 49 laporan membabitkan kerugian lebih RM1.4 juta, tahun lalu.

Katanya, ia mungkin berlaku disebabkan masyarakat kurang peka berhubung bahaya penipuan 'Macau Scam' walaupun pelbagai maklumat dan pendedahan mengenai kes berkenaan dilaporkan media massa.

"Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini daripada 30 kes yang dilaporkan di melaka, 21 kes berlaku di daerah Melaka Tengah membabitkan kerugian RM703,775 dan sembilan kes di Alor Gajah dengan nilai kerugian RM235,885.

"Tahun lalu pula, daripada 49 kes yang dilaporkan, 39 kes dengan nilai RM1.14 juta berlaku di melaka Tengah, lapan kes di Alor Gajah (RM277,489) dan dua kes di Jasin (RM19,499)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa penipuan
Khong Khoy berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa penipuan terdiri daripada individu berusia antara 20 hingga 50-an yang bekerja sebagai penjawat awam, pekerja swasta dan bekerja sendiri.

Sejak Januari hingga Mei lalu, katanya, enam penjawat awam menjadi mangsa penipuan, pekerja swasta (22) dan mereka yang bekerja sendiri (lapan). Tahun lalu, mangsa membabitkan 14 penjawat awam, swasta (18) dan bekerja sendiri (10).

"Tahun ini, seramai tujuh mangsa terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 hingga 29 tahun, 30 hingga 39 tahun (15), 40 hingga 49 tahun (enam) dan 50 tahun ke atas, dua orang," katanya.

Terima panggilan
Berdasarkan modus operandi, katanya, mangsa akan menerima panggilan daripada nombor antarabangsa memaklumkan mereka memenangi cabutan bertuah bernilai tinggi sbelum diminta membuat bayaran cukai kastam.

"Ada juga mangsa yang menerima panggilan memaklumkan kad kredit mereka digunakan individu lain sebelum diminta mengeluarkan wang dan memasukkannya ke dalam akaun diberi sebagai langkah keselamatan, sekali gus mengakibatkan mangsa mengalami kerugian," katanya.

Artikel Daripada Berita Harian (01 Julai 2014)
oleh : Nurhasyima hasim
nurhasyima@bh.com.my

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment