Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 Julai 2014


Emas menokok ke paras tertinggi tiga bulan semalam berikutan nilai dolar AS lemah dan bertambahnya keganasan di Iraq menaikkan daya tarikan logam itu.

Emas semerta menokok kepada AS$1,332.10 seauns, paras tertinggi sejak 24 Mac dan mendatar pada AS$1,327.00 pada 0621 GMT.

Ia naik hampir satu peratus dalam sesi dagangan sebelum ini.

Logam itu mencatat kenaikan sukuan dua kali berturut-turut pada suku berakhir Isnin lalu, dan Jun juga adalah bulan terbaik sejak Febuari.

"Pada suku ini, kami menjangka emas akan kekal kukuh dan berkemungkinan menokok lebih tinggi disebabkan ketidaktentuan," kata penganalisis pelaburan di Phillip Futures Sdn Bhd, Howie Lee.

Beliau berkata, ketidaktentuan berhubung pemulihan ekonomi AS dan ketegangan geopolitik akan memberi sokongan kepada emas.

Lee juga menjangka gambaran teknikal bagi emas pada suku ketiga positif. Halangan dijangka pada AS$1,365 dan sokongan pada AS$1,189.

Semalam, daya tarikan emas melonjak berikutan dolar AS yang diniagakan pada paras terendah tujuh minggu berbanding mata wang utama dunia lain.

Dolar AS yang lemah menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih murah kepada pemegang dalam mata wang asing.

Emas juga disokong daripada ketegangan geopolitik terutama perkembangan di Iraq dengan tentera kerajaan sedang berperang dengan golongan pemisah.

Ketegangan di Ukraine dan Iraq sebahagian besarnya bertanggungjawab kepada kenaikan 10 peratus emas tahun ini.

Di pasaran fizikal, pembeli kurang berminat disebabkan kenaikan harga baru-baru ini.

Di China, harga tempatan jatuh ke paras diskaun sekitar AS$1 seauns berbanding harga global.

Logam kumpulan platinum stabil, susulan tamatnya mogok pekerja di Afrika Selatan minggu lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment