Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Dua Ahli Macau Scam Diberkas


Johor Bahru : Polis Johor menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa menggunakan internet atau 'Macau Scam' selepas menahan dua lelaki Taiwan dalam serbuan di sebuah hotel di Kluang.

Sindiket itu dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu dengan menyewa 20 bilik di hotel berkenaan sebagai pusat operasi mereka untuk menipu rakyat negara ini dan warga asing.

Modus operandi ialah menelefon mangsa menggunakan teknologi 'Voice Over Internet Protocol' (VOIP) dan menyamar sebagai pegawai bank atau jabatan kerajaan.

Teknologi VOIP digunakan bagi memaparkan nombor telefon rasmi bank atau jabatan kerajaan untuk menambah keyakinan mangsa.

Buat pindahan wang
Mangsa kemudian dituduh terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan akaun akan dibekukan sebelum diarah ke bank serta membuat pindahan wang ke akaun lain mengikut arahan sindiket berkenaan, kononnya bagi membantu menyelamatkan wang daripada dibekukan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, polis turut merampas 47 unit modem, pencetak, komputer riba, empat unit jalur lebar (broadband), 16 telefon tanpa wayar dan empat kad bank.

"Kita sedang mengesan seorang lagi ahli sindiket ini, dikenali Ling Jun-Hong, 35 tahun, dengan nombor pasport 306488140 bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan panggilan telefon yang menggunakan modus operandi berkenaan, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan sindiket, selain tidak mendedahkan maklumat akaun bank kepada mana-mana pihak menerusi telefon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment