Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 Julai 2014


Emas berada hampir di paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan semalam, dirangsang oleh kelemagan dolar Amerika Syarikat (AS).

Kontrak emas semasa naik 0.1 peratus kepada AS$1,326.90 seauns pada 1010 GMT, di bawah paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan yang dicatatkannya pada sesi sebelumnya pada paras AS$1,332.10.

Dolar AS bergerak di atas paras terendah dalam tempoh dua bulan berbanding mata wang lain selepas beberapa siri laporan pekerjaan AS dan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) hari ini yang mana akan menyediakan petunjuk mengenai strategi rangsangan monetari selanjutnya.

Laporan pembayaran gaji bukan ladang AS bagi Mei akan dikeluarkan hari ini.

"Pasaran beberapa minggu ini telah mentafsirkan kebanyakan maklumat baharu mengenai ekonomi AS yang positif kepada emas, terutama terdapat tanda awal tekanan inflasi meningkat dan Rizab Persekutuan AS menyifatkan ia tidak membimbangkan," kata penganalisis Macquarie, Matthew Turner.

Emas meningkat 2.4 peratus pada suku kedua didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kadar pada kadar menghampiri sifar dan ketegangan di Iraq dan Ukraine.

Sementara itu, platinum naik 1.5 peratus kepada AS$1,513.50 seauns dan palladium meningkat 0.8 peratus kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu kepada AS$856.60 seauns.

Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah semalam berikutan kekurangan minat belian untuk logam kuning berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ahmad Danial Zainudin berkata, harga hadapan emas di Bursa Malaysia dijangka mengikut aliran menurun kerana peserta pasaran mengunggu laporan pekerjaan AS serta mesyuarat Bank Pusat Eropah esok.

"Ini akan memberi petunjuk mengenai strategi merangsang monetari dan hala tuju untuk emas di masa depan," katanya kepada Bernama.

Ketika ditutup, Julai 2014 merosot dua mata kepada RM136.90 segram, Ogos 2014 jatuh tiga mata kepada RM137.30 segram dan Disember 2014 susut lima mata kepada RM138.05 segram.

Kedudukan terbuka menurun kepada 7,029 kontrak daripada 7,567 kontrak kelmarin manakala jumlah dagangan jatuh kepada 295 lot bernilai RM4.0 juta daripada 549 lot bernilai RM7.54 juta.

Harga fizikal emas susut 22 sen kepada RM132.13 segram berbanding RM132.35 segram kelmarin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment