Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 27 Jun 2014


Emas didagangkan lebih rendah pada Jumaat namun masih mengekalkan kedudukannya sebagai peningkatan bagi empat minggu berterusan susulan kelemahan dolar yang menjejaki data ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Perbelanjaan pengguna AS naik jauh lebih teruk daripada jangkaan pada Mei menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan berlakunya penurunan bagi unjuran sukuan kedua pertumbuhan negara itu.

Harga emas turun 0.2 peratus kepada AS$1,315.54 seauns menjelang 1205 GMT.

Selasa lalu ia mencecah AS$1,325.90 paras tertingginya sejak pertengahan April.

Secara keseluruhannya ia hanya naik 0.1 peratus minggu ini.

Harga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos 2014 tidak berubah pada AS$1,316.90 seauns.

"Corak kenaikan emas yang lebih sengit bermula selepas komen Rizab Persekutuan (Fed) minggu lalu  yang menyatakan memberikan tekanan kepada dolar," kata penganalisis di Natixis, Bernard Dahdah.

"Momentum harga kelihatannya bergerak ke luar sehingga berlaku sesuatu yang besar kepada politik antara negara atau data buruk dikeluarkan AS."

Pada mesyuarat 18 Jun lalu, Fed memberikan komen yang selesa kepada unjuran inflasi, mengatasi jangkaan bank dunia mungkin akan memulakan langkah meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan.

Persekitaran kadar faedah lebih rendah menggalakkan pelabur untuk melabur kepada aset bukan pilihan seperti emas selepas krisis kredit 2008 lalu.

Namun peniaga mula memberikan amaran jongkong emas mungkin akan berlaku pengurangan dagangan di tengah kebimbangan berhubung kelemahan import pengguna utama China dan pengenalan pinjaman AS$15 bilion untuk urusan perdagangan berkaitan emas di negara itu.

Emas China yang diimport dari Hong Kong semakin lemah dengan kejatuhan pembelian luar negara bulan Mei ke paras terendahnya tahun lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment