Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 20 Jun 2014


Emas jatuh satu peratus semalam dengan pelabur mengambil untung selepas ia merekodkan kenaikan terbesarnya dalam tempoh sembilan bulan.

Bagaimanapun, emas masih lagi dalam landasan mencatatkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh tiga bulan disebabkanm ketegangan di Iraq dan nilai dolar lebih rendah selepas kenyataan Rizab Persekutuan (Fed) dikeluarkan.

Fed pada Rabu mengatakan selesa dengan tinjauan inflasi di sebalik beberapa insyarat semasa peningkatan dalam tekanan harga.

Perkembangan itu menghapuskan sama sekali iangkaan yang bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu akan mula meningkatkan kadar faedahnya lebih awal daripada jangkaan.

"Harga semalam (kelmarin) AS$50 bagi setiap auns bergerak lebih tinggi kebanyakkannya disebabkan jangkaan inflasi lebih tinggi di AS dan fakta bahawa Fed tidak mampu meredakannya," kata penganalisis ABN Amro, Georgette Boele.

"Ia ditambah dengan minyak bergerak lebih tinggi di sebalik ketegangan yang berlaku di Iraq," tambahnya.

"Memandangkan harga bergerak pantas lebih tinggi semalam (kelmarin), kami menghentikan kerugian dan peniaga jangka pendek mengambil untung,"

Spot emas jatuh 0.8 peratus kepada AS$1,309.60 seauns menjelang 0930 GMT, selepas meningkat 3.3 peratus pada sesi terdahulu, apabila ia mencecah paras tertinggi pertengahan April pada AS$1,321.70.

Logam menokok sekitar tiga peratus bagi minggu berakhir.

Kontrak hadapan emas bagi penghantaran Ogos turun 0.3 peratus kepada AS41,310.70 seauns.

Dolar, yang berada di bawah tekanan selepas kenyataan Fed akan mengekalkan kadar faedahnya rendah untuk jangka panjang, tidak berubah berbanding sekumpulan mata wang lain.

Nilai mata wang AS yang lebih lemah menjadikan aset pada harga dolar seperti emas menjadi lebih murah kepada pelabur asing.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment