Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 19 Jun 2014


Emas mencatat peningkatan semalaman sederhana semalam berikut nilai dolar AS yang lemah selepas pengumuman Rizab Persekutuan berhubung tinjauan kadar faedah, manakala logam kumpulan platinum menokok susulan halangan baharu yang muncul dalam penyelesaian mogok pekerja lombong di afrika Selatan.

Bank Pusat AS itu membayangkan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif mulai tahun depan, tetapi ia merendahkan unjuran bagi sasaran kadar faedah jangka panjang, menyebabkan dolar jatuh ke paras terendah dalam dua minggu.

Rizab Persekutuan merendahkan unjuran pertumbuhan AS bagi 2014 daripada 2.9 peratus kepada antara 2.1 peratus dan 2.3 peratus, tetapi ia turut meluahkan keyakinan berada di landasan bagi pemulihan ekonomi.

Emas semerta sedikit saja berubah diniagakan pada AS$1,276.89 seauns pada 0318 GMT, selepas naik 0.5 peratus pada Rabu.

"Dolar yang lebih rendah dan ketegangan geopolitik menyokong harga emas," kata peniaga di Hong Kong.

"Tetapi kekurangan permintaan fizikal dan aliran keluar daripada ETF berkemungkinan melemahkan sebarang rali."

Ketegangan berhubung Iraq dan Ukraine menambah tarikan emas sebagai pelaburan selamat.

Permintaan fizikal pembeli utama China dan India lemah dengan premium dalam kedua-dua jatuh kebelakangan ini.

Premium India berada pada paras terendah empat bulan, manakala harga China diniagakan antara diskaun dan nilai tara harga global.

SPDR Gold Trust, dana tukaran dagangan bersandarkan emas terbesar dunia, menyaksikan aliran keluar dalam dua sesi berturut-turut pada awal minggu sebelum berhenti pada Rabu.

Pegangan dana itu hampir ke paras terendah lima tahun dan mencerminkan sentimen bearis di pasaran.

Platinum dan palladium meneruskan kenaikan dengan kedua-dua diniagakan penghampiri paras tertinggi satu minggu disebabkan mogok pekerja di Afrika Selatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment