Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Jun 2014


Harga emas meningkat lebih rendah semalam disebabkan nilai dolar lebih kukuh dan aliran keluar daripada dana diniagakan mengurangkan permintaan dengan ramai pelabur menunggu keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) sebelum membuat keputusan pembelian terhadap logam berkenaan.

Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS$1,268.00 seauns pada 0623 GMT, selepas berakhir mendatar dalam sesi sebelumnya.

Logam itu mencecah paras tertinggi tiga minggu sebanyak AS$1,284.85 seauns pada Isnin kerana keganasan di Iraq, tetapi sejak itu harga kembali jatuh.

Fed secara meluas dijangka mengurangkan AS$10 bilion daripada pembelian bon bulanan padav mesyuarat dasar dua hari yang akan tamat lewat semalam.

Pasaran akan meneliti dengan rapi terhadap mana-mana ulasan mengenai bila Bank Pusat AS itu akan menaikkan kadar faedah dan prospek pada ekonomi, memandangkan data baru-baru ini yang semakin kuat.

"Kami kekal berhati-hati mengenai emas menjelang mesyuarat Fed pada Rabu (semalam) kerana petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah boleh mencetuskan pengukuhan terhadap dolar yang terbukti akan memberi kesan menyeluruh terhadap kumpulan logam berharga.

"Tajuk utama geopolitik masih mempunyai keupayaan untuk mencetuskan harga yang lebih tinggi, tetapi buat masa ini, kita rasa ketidaktentuan Fed yang akan menguasai," kata penganalisis di INTL FCStone, Edward Meir.

Dolar AS meningkat seiring dengan kenaikan kadar hasil perbendaharaan semalam apabila bacaan sangat tinggi untuk inflasi AS mengancam untuk memberi kecondongan agresif terhadap unjuran dasr Fed.

Sentimen pelabur dalam emas adalah lemah seperti yang digambarkan oleh aliran dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia.

Pegangan dalam  dana itu jatuh 0.26 tan kepada 782.62 tan pada Selasa, iaitu hari kedua berturut-turut ia mengalami penurunan.

Dana itu dianggap sebagai proksi kepada sentimen pelabur, mecatatkan aliran keluar yang paling besar sejak pertengahan April pada Isnin lalu.

Pasaran fizikal di Asia juga tidak meningkatkan harga. Di negara pembeli utama, China, harga emas diniagakan sama ada pada diskaun kira-kira AS$1 seauns atau setanding dengan penanda aras global, petanda yang menunjukkan minat belian adalah lemah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment